Wednesday 25 November 2015

Entri #40 Pengetahuan Produk (Product Knowledge)

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Malam ini bersiaran dari Ipoh menemani Encik Suami bertugas di sini esok. Kebetulan menunggu cerita Tuan Anas Mikail (dukacita dimaklumkan di hotel ini tiada siaran Astro Ria). So sedih lalu menghadap surface saya untuk menyambung entri yang ke-40.

Saya ingin berkongsi mengenai kepentingan pengetahuan produk dalam perniagaan. Saya mempunyai pengalaman semasa bekerja sebagai Eksekutif Perhubungan Pelanggan di sebuah kolej swasta. Skop tugasan adalah lebih kepada promosi untuk kemasukan calon pelajar ke kolej ini.

Tugasan yang diterima pada minggu pertama adalah untuk membaca, memahami, mengetahui senarai kursus yang ditawarkan kepada bakal pelajar. Minggu kedua saya diberikan latihan bagaimana menganalisis keputusan pelajar dan menawarkan kursus yang sesuai ditawarkan kepada pelajar tersebut mengkikut keputusan tersebut. Itulah konsep pengetahuan produk. 

Apa yang saya cuba sampaikan di atas adalah untuk menjual produk kita perlu tahu terlebih dahulu tentang pengetahuan produk. Dalam masa yang sama kita bertindak sebagai konsultan. Itu yang membezakan anda sebagai penjual dan konsultan. Konsultan mengetahui bagaimana untuk memberi pandangan kepada pelanggan mereka dengan menganalisis permasalahan pelanggan tersebut.

Ilmu tentang pengetahuan produk WAJIB ada jika tidak anda akan sesat di dalam aktiviti jual beli. Aktiviti jual beli melibatkan aktiviti 'close deal' dengan pelanggan. Jika anda tidak 'close deal' dengan pelanggan bagaimana produk anda akan terjual. Jadi untuk berniaga anda perlu tahu ilmu pengetahuan produk terlebih dahulu. Anda ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan sekalipun anda perlu mempunyai ilmu tentang pengetahuan produk.

Langkah Mengetahui Pegetahuan Produk

1. Pengetahuan tentang produk
2. Pengetahuan tentang manfaat produk - 
3. Pengetahuan tentang cara penggunaan dan juga kepuasan hati pelanggan yang pernah 
    menggunakan produk (testimoni)
4. Pengetahuan tentang kualiti produk. Sebagai contoh pelanggan mahu mengetahui di dalam Qaseh 
    Gold ada madu. Pelanggan ingin mengetahui apakah jenis madu yang digunakan dalam kandungan     Qaseh Gold. Rania perlu tahu madu yang digunakan adalah madu tualang ;). Nampak tak manfaat 
    ilmu pengetahuan produk di situ?
5. Pengetahuan mengenai label. (Nama, berat, sukatan, tarikh luput, cara penggunaan dan
    sebagainya)
6. Pengetahuan mengenai spesifikasi produk. Adakah ia makanan halal? tergolong dalam kategori 
    ubatan atau makanan? - Jika ubatan anda perlu menerangkan sama ada produk tersebut mendapat 
   sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika tiada, terangkan kenapa. Seperti Qaseh Gold tiada 
   sijil dari KKM kerana ia telah diklasifikasikan dalam kategori makanan dan bukan ubatan.

Pengetahuan produk ini amat penting. Pelanggan sudah tentu tertarik kepada penjelasan dan penerangan yang baik. Ini akan menggambarkan anda sebagai seorang penjual yang mempunyai pengetahuan tentang produk yang dijual. Pelanggan tidak akan berasa takut ditipu seterusnya akan membeli produk anda ;)

No comments:

Post a Comment