Wednesday 4 November 2015

Entri #24 Aktiviti Berbekam - Ibu

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Google

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini berjumpa lagi. Semalam saya hanya melayan mak yang mengadu sengal badan kerana angin. Angin dalam badan memang akan bagi banyak masalah. Masalah kerja tertangguh. Kalau di pejabat sudah tentu mengganggu tugasan.

Jadi, bila mak saya mengadu saya terus buka kotak alatan bekam saya dan cakap pada mak saya nak rposes badannya.Oh ya, saya tak buat perkhidmatan berbekam ya. Nanti ada yang call saya nak berbekam haha. Mak kata okay, saya pun mulakan proses berbekam.  Sebenarnya kita disunnahkan untuk berbekam untuk mengeluarkan segala darah kotor dan toksik dalam badan.

Saya hanya buat bekam angin kerana saya tidak pandai buat proses berbekam darah dan 1 lagi mak saya takut hehe. Saya membuat aktiviti berbekam sekali seminggu. Kalau ada alatan, dirumah saja boleh buat. Saya buat pada suami dan suami akan buat pada saya. Kalau buat kat luar kena keluar duit lagi kan. Padahal aktiviti berbekam ini bukanlah susah melainkan perlu kemahiran untuk aktiviti berbekam darah.

 Bekam Angin. Saya tak letaklah gambar ibu saya berbekam. Aurat hehe

Saya mula suka berbekam ketika waktu saya bekerja. Selepas mendapat testimoni dari bos dan rakan sekerja yang pernah buat aktiviti berbekam. Katanya badan jadi ringan. Pertama kali saya mencuba adalah sewaktu saya mengalami sakit kepala berlarutan selama 5 hari berturut. Badan rasa lemah kerana tak cukup tidur.

Makan panadol tak berkesan. Hari Jumaat, waktu rehat adalah lebih panjang jadi saya membuat temujanji di sebuah pusat kesihatan untuk buat proses bekam. Agak gerun jugaklah. Bila kata nak buat bekam darah, alatan yang digunakan adalah pisau blade. Ada juga pusat kesihatan yang menggunakan jarum seperti di mesin glucometer untuk pemeriksaan gula dalam darah. Selepas tidur beberapa jam bila bangun, masya Allah, sakit kepala, sengal badan hilang. Memang berkesan! Badan pun rasa ringan dan hilang rasa tekanan.

Bekam angin adalah untuk membuang angin dalam badan. Jika kita berbekam angin senang saja nak tengok. Jika cup itu berwap maka memang ada angin dalam badan. Bekam darah pula adalah untuk mengeluarkan darah kotor dan toksik dalam badan.  Kerana itu kita digalakkan untuk berbekam sebulan sekali. Darah yang ditarik oleh cup bekam akan berbentuk jeli. 

Jika risau tentang hygeniic. Biasanya untuk bekam darah mereka akan guna pakai buang. Maksudnya merekan tidak akan recycle cup tersebut. Sebelum memulakan rawatan di pusat rawatan berbekam, tanyalah apa saja yang anda ingin tahu sebelum memulakan rawatan ya. Supaya anda tahu tentang proses dan cara perkhidmatan mereka.

 Alatan Berbekam

Perbezaan aktiviti Bekam Badan dan Derma Darah

Nak cuba? Cubalah. In sha Allah anda takkan menyesal. Carilah Pusat Akubekam yang mahir seperti Pusat Akubekam. Ada juga spa yang membuat perkhidmatan ini. Dapatkan testimoni terlebih dahulu. Barulah konfiden kan.

No comments:

Post a Comment