Thursday 22 October 2015

Entri #8 Delima untuk Merawat Batuk dan Selsema Bayi

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : NurQaseh Network
Sejak menjadi ibu, saya menitikberatkan kesihatan anak-anak. Tahu atau tidak. Tiada ubat untuk bayi yang batuk dan selsema di bawah usia 2 tahun? Jika bayi batuk dan selsema cara yang terbaik adalah dengan menggunakan bahan semulajadi.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
Kita juga tidak tahu jika bayi tersebut mempunyai alahan. Reaksi  kepada alahan bukan sahaja seperti ruam, bengkak fizikal yang kita boleh nampak. Apa yang kita takutkan sekiranya alahan tersebut menyebabkan bengkak terhadap saluran pernafasan. Bila ia membengkak saluran pernafasan akan menjadi semakit sempit dan menyebabkan gangguan pernafasan
Sewaktu anak pertama saya berusia 7 bulan, anak saya dijangkiti selsema, Saya tidak memberinya ubat. Saya memberinya jus buah delima. Bukan jus yang dibeli dalam botol-botol tu ya. Saya buat sendiri. Saya keluarkan biji-bijinya dan diletakkan di dalam kain kasa. Kemudian saya perahkannya. Air tersebut saya campurkan dengan sedikit air dan berikan anak saya minum di dalam botol. Dengan izin Allah selsemanya berkurangan dan semakin kering.
Sekarang, saya tidak lagi memerah buah delima. Anak-anak saya sudah berusia 3 tahun dan setahun setengah. Saya hanya berikan mereka Qaseh Junior. Di dalam Qaseh Junior terdapat delima. Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah delima  ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah. Ia juga boleh melegakan batuk.

Tips untuk melegakan bayi selsema dan batuk:
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
(answered by Dr Yap Hsiao Ling).
Semoga kita semua mendapat manfaat dari informasi ini. Tentunya mama semua hanya mahu yang terbaik untuk si manja kita.
Untuk mama yang mahu mencuba Qaseh Junior untuk anak-anak boleh dapatkan dengan harga RM66 sahaja dari

http://nurhaslizahamar.blogspot.my/p/borang-pesanan-semenanjung-malaysia.html
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold
Rujukan
  1. http://www.fda.gov/drugs/drugsafety/
  2. http://www.patient.co.uk/health/coughs-and-colds-in-children
  3. http://www.doktorbudak.com/2014/02/22/ubat-batuk-selsema-tidak-sesuai-untuk-kanak-kanak-bawah-2-tahun/

2 comments:

  1. Salam, nak tanya pasal qaseh junior boleh ke diberi pada bayi 6 bulan sebab agen2 qaseh kata baui 6 bulan boleh makan tp menurut artikel puan bayi 1 tahun ke bawah x boleh makan...

    ReplyDelete
  2. Salam, nak tanya pasal qaseh junior boleh ke diberi pada bayi 6 bulan sebab agen2 qaseh kata baui 6 bulan boleh makan tp menurut artikel puan bayi 1 tahun ke bawah x boleh makan...

    ReplyDelete