Tuesday 27 October 2015

Entri #14 Resepi Pahang -Gulai Patin Tempoyak

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar dan Google
 
Bila dah nama orang Pahang dari Raub pulak tu, semestinya gulai tempoyak adalah masakan biasa di kampung saya. Jika suami saya orang Pulau Pinang selalu makan kari, ke Pahang tempoyaklah masakan kegemaran saya.

Nak belajar masak tempoyak? Boleh buat sendiri di rumah.

Resepi Tempoyak Raub (cara saya)

Ikan Patin seekor - (saya selalunya beli patin sangkar di pekan Raub. Tak berani nak beli di hypermarket. Maklumlah banyak cerita versi macam-macam berkaitan pemakanan yang di beri kepada ikan). Kenapa saya pilih patin sangkar? Patin sangkar tidak hanyir ya tuan puan sebab ia dibela di dalam sungai airnya mengalir. Makanannya juga original dari sungai.

Tempoyak - 1 cawan 1/2 (kalau nak best. Campurkan tempoyak masam dan manis). Eh ada tempoyak masam? Ada tempoyak manis? Iya. Kesedapan gulai ini terletak pada tempoyaknya. Kalau tempoyaknya manis maka manislah gulai. Kalau tempoyaknya masam, maka masam la gulai. Kalau dicampur akan terasa masam manis tu. Lagi sedap. Cukup tak info pasal tempoyak?

Cili padi - 20 /25 biji (ini sememangnya pedas sampai berdengung telinga) kurangkan cili padi jika tidak mahu pedas
Seinci kunyit hidup
Daun kesom atau orang utara panggil daun laksa
Sekuntum bunga kantan (tak letak pun tak apa)
Terung jari / Petai/ Timun kuning (boleh pilih untuk dimasukkan ke dalam gulai)
 
Cara-caranya:
 
Tumbuk / blender cili padi dan kunyit hingga lumat biji (mak kata biji tu penambah pedas)
Masukkan tempoyak. Gaulkan sebati
Masukkan rencah cilipadi dan tempoyak tadi di dalam periuk
Masukkan air secukupnya (agak-agak tenggelam ikan)
Masukkan sayur pilihan
Daun kesom, bunga kantan
Masukkan garam secukup rasa
Biarkan mendidih sampai ikan masak. Dah pun siap..

 
Gambar ehsan google
 

 Ini saya masak untuk potluck pejabat suami
 
 

Sekejapan licin...
Yang kepala tu bossnya dah cop...
Licin...


==========================================================================
 



Nak order Gojes by Qaseh Gold atau bertanya soalan?
Sila gunakan saluran di bawah

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

No comments:

Post a Comment