Monday 26 October 2015

Entri #13 Amalan Air Nabeez

Anak selalu sembelit? Begitu juga anak saya. Umar tidak suka minum air kosong. Saya perlu 'memaksa'nya minum setiap 15 minit sekali. paling tidak 1-2 teguk. Sukarnya untuk minum air kosong membuat dia selalu sembelit.

Apa yang saya lakukan adalah memberinya air nabeez selain memberinya Qaseh Junior. Selepas mengamalkan minum air nabeez, sembelit Umar semakin berkurangan. Alhamdulillah. Air nabeez merupakan air kegemaran Rasulullah s.a.w. Air nabeez adalah air rendaman kismis atau kurma.

Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam wadah bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.
Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, sehingga Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.


Khasiat Air Nabeez

Ia mengandungi alkali yang tinggi dapat mengeluarkan racun berbahaya dari tubuh, mengeluarkan asam yang berlebihan pada perut dan memperbaiki system pencernaan.

Kandungan serat di dalam air nabeez dapat melancarkan proses pencernaan dan menajamkan fikiran dan mengelak dari penyakit lupa.

Bagaimana untuk membuat air Nabeez?

Ambil sedikit kismis atau 2-3 biji kurma dan direndam dalam segelas air pada malam hari. Jangan lupa tutup gelas tersebut. Bangun pagi esok bolehlah minum serta makan kismis atau kurma tersebut.


Selamat mencuba sahabat....



Nak order Qaseh Junior atau bertanya soalan?
Sila gunakan saluran di bawah

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

No comments:

Post a Comment