Tuesday 20 October 2015

Entri #6 Menjaga Kesihatan dengan Qaseh Gold Kekanda

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Ana Edar Sdn. Bhd.
Suami saya sendiri pengguna tegar Qaseh Gold Kekanda. Sedari dulu dia merupakan pesakit resdung kronik sehingga pernah membuat pembedahan tetapi masalah tetap tidak selesai. Ikan kering dan ikan gelama masam merupakan kegemarannya. Setiap kali selepas makan lauk kegemarannya. Sama ada di asyik terbersin, mata berair dan mula tidak sedap badan. Sehinggalah apabila kami pergi ke sebuah kenduri. Dia nampak je lauk kegemaran, itulah yang diterkamnya dulu. Memang sudah dijangka, beliau demam 3 hari akibat alahan. Apalagi, saya terus melarang lauk tersebut dibeli atau masuk ke dalam rumah. Macam zalimkan.. suami suka, isteri melarang. Tapi kesihatannya sebenarnya saya dahulukan.
Selepas saya gunakan Qaseh Gold Adinda, saya belikan juga Qaseh Gold Kekanda untuknya dengan harapan selepas ini resdungnya akan hilang atau setidaknya dia tiada alahan lagi . Selang 2 minggu selepas mengamalkannya. Dia ingin mencabar dirinya untuk mencuba lauk kegemarannya itu. Perasaan takut memang ada...takut esok tak pergi kerja lagi sebab alahan resdung..hehe

Alhamdulillah, selepas makan segalanya okay. Kami tunggu juga kot-kot alahan tu ada. Lepas makan tiada, 1 petanda baik. Selalunya sebaik saja lepas makan dia akan terus bersin tak berhenti. Saya tengok matanya jika ianya merah atau berair, tiada juga. 2 petanda baik, nak tidur malam saya terjaga-jaga tengok dia tengah tidur. Mana tahu tak sedap badan. Siap kejut bertanya, Alhamdulillah tiada. 3 petanda baik. Keesokkan harinya dia bangun seperti biasa dan pergi kerja. Nampaknya Allah telah hilangkan alahan resdung suami saya. Dia masih lagi resdung tetapi tiada lagi alahan. Jika tidak, setiap kali mengemas rumah dia akan mengemas sambil terbersin.
Syukur pada Allah, khasiat di dalam buahan sunnah telahpun termaktub dalam Al-Quran dan khasiatnya juga telah memulihkan masalah resdung suami saya. Kalau nak ditelan satu-satu kurma, delima, buah tiin dalam satu masa setiap hari manakan daya kan? Formulasi ini memberi banyak kemudahan hanya dalam satu botol. Hirup 2 sudu plastik pagi dan malam settle. Sekarang Qaseh Premier menjadi pilihannya. Apa yang penting masih bersama Qaseh hee..
Di bawah saya sertakan informasi mengenai Qaseh Gold Kekanda. Yang berminat nak order untuk suami boleh baca dulu info di bawah ya...  terima kasih kerana sudi menyinggah blog saya ;)


Qaseh Gold mengandungi makanan sunnah yang telah diformulasikan di dalam satu botol. Formula ini dicipta oleh Rangkaian Ana Edar Sdn. Bhd iaitu syarikat 100% bumiputera Islam. Tujuannya adalah untuk memenuhi permintaan pasaran serta memartabatkan ekonomi ummah serta memperkasakan porduk muslim melalui produk jenama ANA yang halal dan bermutu tinggi.

1. Qaseh Gold Kekanda - Khusus untuk lelaki

Kandungan:  KURMA, MADU, HABBATUSSAUDA, DELIMA, ZAFFARAN, BUAH TIIN, AIR ZAM ZAM, MINYAK ZAITUN, GINGKO, SIREH, ASHWAGANDA, TRIBULUS, GUARANA DAN GAM ARAB









Khasiat :
Melancarkan perjalanan darah
Merawat dan menambahkan tenaga dalaman dan luaran
Melegakan sakit kepala dan migrain
Melawaskan pembuangan
Mencerdaskan minda
Membuang toksin
Meningkatkan system imunisasi
Memperbaiki perjalanan darah
Mempercepatkan penyembuhan luka
Menstabilkan mood

*sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dan memerlukan tenaga ekstra setiap hari
HARGA :
SEMENANJUNG : RM78
SABAH/ SERAWAK : RM83
(belum termasuk pengeposan)

Masalah lain yang boleh membantu dengan Qaseh Gold adalah seperti di bawah


Terus membuat pesanan anda di sini : http://nurhaslizahamar.blogspot.my/p/blog-page.html
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

No comments:

Post a Comment