Thursday 22 October 2015

Entri #7 Bila Kifarah Menjelma

Teks: Nur Hasliza Hamar
Foto : Google
 
 
Beberapa hari tidak dapat fokus untuk update blog kerana teleng akibat salah bantal. Bantal pula disalahkan? Kelakar kan. Begitulah al-kisah jika ada anak kecil 'direct feeding' di tengah malam. Bila bangun otot bahu terasa keras. Mahu berpaling terasa kejung. Allahu Akhbar macam mana nak hadapi hero-hero kecilku 2 orang di rumah. Anda pernah merasainya?
 
Apa sebenarnya yang berlaku adalah kesilapan posisi ketika tidur atau alas bantal yang tidak tepat. Bila sudah kena. Sakitnya sendirilah yang tanggung. Baru-baru ini saya terkena sebelah kanan. Nak toleh kiri no problem. Nak pandang kanan, there is a BIG BIG problem. Sakitnya masha-Allah.
 
2 hari menahan sakit dengan kesakitan. Nak toleh kanan..dengan badan-badan sekali kena pusing kanan. Dah macam robot. Bila dipegang otot bahu. Kerasnya terasa. Bagaimana mahu mengatasi masalah kejang otot akibat salah posisi tidur? Bila sakit, ia selalu mengingatkan saya ia menghapus dosa-dosa kecil. Semoga Allah ampuni dosa-dosa saya yang sedar atau tidak sedar saya lakukan. Mengingatkan saya nikmat sihat yang selama ini dirasai. Syukur.
 
Kata orang dahulu 'pukul bantal yang kita tidur ke bahu yang sakit'. Apa tujuannya? Wallahu a'lam. Ada yang kata boleh legakan sakit. Macam-macam petua. Apa yang saya buat baru ini hanynalah pergi mengurut. Sebenarnya itu adalah pilihan kedua. Pilihan pertama saya sebenarnya untuk pergi berbekam tetapi ada halangan. Suami ajak balik ke kampungnya ke Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melihat bapa saudara yang selesai pembedahan. Jadi, hanya mencari tempat urut di kampung. Next entri saya akan ceritakan pengalaman saya berbekam pula.
 
Hari pertama terkena sakit tengkuk amat mencabar. Dengan anak-anak Qaseh saya yang jenis tidak duduk diam. Hanya dapat menemani mereka sambil memantau mereka bermain di dalam bilik mainan, melukis, bermain sesama sendiri. Hanya membuat kerja rutin membasuh baju sahaja. Kuali dan periuk digantung saja pada hari itu.
 
Tips untuk mengatasi masalah sakit leher akibat salah posisi tidur.
 
1. Membuat urutan ringan disekitar leher yang sakit
2. Tuam leher dengan air hangat yang diletakkan di dalam botol supaya senang di pegang
3. Hindarkan dari membuat aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan leher
4. Jemur bantal agar bantal menjadi kering dan gebu
5. Ketika mahu tidur, tepuk-tepukkan bantal supaya kapasnya rata supaya leher kita tepat di tempatnya dan selesa.

Semoga sedikit sebanyak tips ini dapat mengelakkan kita dari sakit leher akibat kesilapan posisi semasa kita tidur ya. Sampai jumpa lagi


 

No comments:

Post a Comment