Tuesday 13 October 2015

Entri #2 Kotak Kreativiti

Teks : Nur Hasliza Hamar
 
Bagi yang ada anak-anak kecil yang suka menconteng dinding pasti memeningkan kepala mama semua. Habis segalanya dilakarkan. Lebih sadis, dinding mama yang baru bersalut wallpaper bunga-bungaan tiba-tiba wujud raksaksa, Ultraman, Robocar Poli, Barbie, Pony dan sebagainya. Memang geram dan rasa bengkak dihati. Tapi mama jangan marahi anak-anak ya. Mereka sedang meneroka alam, berimaginasi dan berkreativiti. Sel-sel otak mereka sedang berhubung dan  di sini saya berikan tips bagaimana mama-mama boleh mengatasi masalah ini tanpa menghalang anak-anak berkreativiti.
 
Foto : Google
 
Tips 1: Rumah Kreativiti
 
Jika mama mempunyai ruang yang luas, mama dan papa boleh sama-sama berseronok dihujung minggu dengan anak-anak untuk membuat kotak kreativiti seperti di bawah. Tidak cantik pun tidak mengapa. Cuma jangan lupa buatkan tingkap. Kepanasan pula anak-anak nanti. Tapi lebih seronok anak-anak kita jika kotak tersebut cantik. Mama hias dan cat barulah anak-anak akan lebih teruja berkreativiti dan berimaginasi di dalamnya.
 
Foto: Google
 
Saya membuatnya dari kotak mesin sofa urut di kampung. Sengaja buat di kampung supaya bila anak-anak atau anak saudara yang lain balik mereka boleh bermain sambil berkreativiti. Kemudian mama sediakan aje pensel warna dan crayon di dalamnya. Jangan lupa mengingatkan mereka untuk hanya menconteng hanya di dalam rumah kreativiti sahaja ya.
 
 
Tips 2: Kotak Kecil
 
Bagi mama yang mempunyai keluasan ruang yang terhad seperti saya. Mama juga boleh menggunakan kotak biasa seperti di bawah. Anak saya Muhammad Syith Adam memang gemar berkarya. Mudahnya dia, semenjak kecil saya didik hanya 'berkarya' di atas kertas. Tetapi saya masih menyediakan ruang kecil untuknya berkarya lebih luas.
 
Foto: Nur Hasliza Hamar
 
Tips 3: Blackboard Sticker

Jika mama tidak keberatan mengeluarkan kos kecil untuk menyediakan ruang kreativiti anak-anak. Mama boleh membeli blackboard sticker yang boleh ditampal di dinding, pintu almari baju anak-anak atau di mana sahaja yang mama fikirkan sesuai. Biasanya blackboard sticker didatangi sekali dengan kapur tulisnya.


Selamat mencuba mama-mama. Biarkan anak kita berkreatif tanpa ada halangan.


No comments:

Post a Comment