Tuesday 29 December 2015

#47 Sekolah : Anak Qaseh Juniorku Sudah Besar

#47 Sekolah : Anakku Dah Besar

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t

Lama bercuti dari menulis. Hari ini saya punya pengalaman baru. Hantar anak ke sekolah. Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan. Dengan fi'il anak yang suka memerap saya sudah dapat mengagak ada bibit drama air mata akan terjadi.

Tu dia anakku..dari luar gate boleh dengar suaranya menangis :)

Justeru, setahun yang lepas saya mula tanamkan dan buat mind setting anak saya untuk ke sekolah pada tahun 2016. Setahun, gulp. Setiap hari akan ada perlakuan yang saya akan relatekan kepada keadaan di sekolah. Menyanyi, menari, bermain, membaca buku, susun kasut, simpan permainan dan sebagainya.

Kata-kata 

"susun selipar nanti di school teacher akan minta abang susun selipar cantik-cantik"

"Main sama-sama dengan kawan-kawan nanti kawan kawan suka dan sayang abang"

Hari ini hari pertama orientasi ke tadika. Si anak masih menangis tidak biasa dengan persekitaran baru. Si anak mahu ke sekolah tetapi tidak mahu memakai uniform. pheww. Saya kalah. Dia masih tidak mahu memakai uniform. Tapi nak tak nak kena paksa juga sambil ada pujuk pujuk dan 'upah' benda yang disukai. In shaa Allah dia akan dapat atasi persekitaran baru itu. Itu harapan saya.

Saya tidak lupa memberikannya susu untuk di minum dan juga Qaseh Junior sebagai langkah berjaga-jaga dari dijangkiti penyakit berjangkit seperti demam, selsema dan batuk.





Sama ada anda memilih untuk mencegah semasa anda sihat ataupun setelah anda sakit? Hanya RM66 tidak termasuk pengeposan. Buat pesanan anda di E-Shoppe Qaseh Gold

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)

Tuesday 22 December 2015

Entri #46 Qaseh Sole Turunkan Kadar Gula dalam Darah

Entri #45 Sole Turunkan Kadar Gula Pesakit Diabetes
Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar / Ana Edar Sdn. Bhd

Assalamualaikum w.b.t.

Semoga semua sihat hendaknya. Nikmat kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita. Ada ketika sihat ada ketika kita jatuh sakit. Baru-baru ini saya melawat ibu saudara yang dikejarkan ke hospital kerana sakit dada. Doktor diagnose ibu saudara mempunyai masalah di bahagian jantung di mana oksigen tidak sampai ke otak. Beliau juga merupakan seorang penghidap diabetes.


Saya dikhabarkan kadar gulanya tidak turun semenjak masuk ke hospital. Bacaan gula 18. Siapa yang mahu tinggal dihospital lama-lamakan. Semasa melawatnya saya diminta untuk membawa Pati Garam Kristal SOLE yang punya 84 mineral dalam badan. Ia menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya. Khasiatnya dapat menurunkan kadar bacaan gula dalam darah dan ini sangat baik untuk pesakit diabetes.

Pati Garam Kristal Sole minum dengan membancuh di dalam air. Kekerapan meminum itu lebih penting dan bukannya kepekatan bancuhan tersebut.


   Berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia dan sangat diperlukan dalam penghadaman dan pencernaan makanan.

    Mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus justeru mengurangkan masalah angin dan gastrik.

      Sangat cekap melancarkan pengaliran darah.

    Merangsang kelenjar untuk merembeskan hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh.

    Tenaga semulajadi yang tedapat dalam garam kristal membolehkan sole membekal tenaga kepada tubuh badan kita selama 24 jam. 
   
I    Ia dapat menyelaraskan keseimbangan alkali dan asid di dalam badan dan pada masa yang sama menormalkan tekanan darah.  

    Boleh melarut dan memusnahkan mendapan yang boleh mengakibatkan pelbagai bentuk penyakit radang sendi seperti arthritis dan buah pinggang dan juga karang pundi hempedu

      Boleh mengurangkan rasa ketagih terhadap sesuatu (seperti ketagihan merokok).
   
      Boleh menyembuhkan penyakit kulit dari luar dan dalam.   

    Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.

      Merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat.
  
      Meningkatkan kadar metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol.
  
     Melancarkan pengaliran jus hempedu, penting dalam pengawalan berat badan. 

    Dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan sakit tumit. 

    Mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan dalam perut.  

    Melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak. 

     Menambahkan kandungan oksigen dalam darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.



Anda rasa anda diperingkat mana?

Sama ada anda memilih untuk mencegah semasa anda sihat ataupun setelah anda sakit? Hanya RM60. Buat pesanan anda di E-Shoppe Qaseh Gold

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold




Monday 21 December 2015

Entri #45 Mengatasi Anak Muntah-Muntah dengan Qaseh Junior dan Sole

Entri #45 Qaseh Junior dan Sole untuk Anak Muntah-Muntah 
Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Cerita Malam Tadi ~



Mommy dan papa bangun dengan mata panda. Malam tadi Umar yang 1 tahun 9 bulan melepet tak bermaya sebab muntah-muntah. Banyak makan nangka madu kot 😑. Perut kembong. Bancuh air bancuhan sole dan bagi Qaseh Junior ikhtiar untuk tenaga dan gantikan mineral yang hilang dalam badan. Alhamdulillah pagi ni dah cargas!! Kalau tak semalam papa dah nak bawa pergi hospital dah.



Bila anak-anak tidak sihat, muntah-muntah maka selera makannya tentulah ke laut. Perutnya pasti kosong jadi saya bagi minum qaseh junior. Di dalam junior punya kurma yang dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Apatah lagi dengan muntah-muntah maka badan memerlukan air dan mineral yang cukup untuk mengelakkan dari dehidrasi. Sole yang mengandungi 84 mineral dapat melengkapkan mineral yang hilang dalam badan. Madu di dalam junior berfungsi untuk menghentikan aktiviti bakteria seperti juga buah tiin yang bermanfaat untuk menyembuhkan sakit badan.






Dapatkan dari E-Shoppe Qaseh Gold Bangi
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

Monday 14 December 2015

Entri #44 Beauty Serum Gojes By Qaseh Gold

Entri #43 : Beauty Serum Gojes By Qaseh Gold di E-Shoppe Qaseh Gold
Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : NQN

Pernah dengar produk serum. Serum wajah untuk disapu dimukalah hehe. Tapi tahu atau tidak apa itu serum? Serum adalah cairan yang mengandungi zat aktif yang bermanfaat untuk merawat struktur kulit. Ia untuk melawan proses penuaan, merawat cela-cela dan tompok-tompok yang tidak sekata serta garis kedutan yang terdapat pada kulit wajah.

Kandungan serum secara amnya amat halus jika dibandingkan dengan krim pelembap. Partikel yang lebih kecil digunakan memberi kesan serapan yang jauh 10 kali ganda lebih tinggi dari krim pelembap biasa. Serum ada disediakan dalam harga yang rendah hinggalah harga yang tinggi. Sebelum menggunakan serum, anda harus tahu apakah kegunaannya dan keberkesanannya terlebih dahulu.


Comel je serum tu abang sado tu pegang. Bukan pegang sahaja tau. Anak Bujang kepada pemilik Syadina Beauty juga menggunakan Serum Gojes by Qaseh Gold untuk merawat jerawat dimukanya


Di E-Shoppe Qaseh Gold anda boleh mendapatkan Serum Gojes yang terdiri daripada
✔Canadian Willow Herb
✔Sym Calmin
✔Sym Relief
✔Allantoin

Formulasi istimewa secara selamat

Tanpa pengelupasan

Tanpa paraben

Bebas Alkohol

Bebas steroid

Sesuai untuk 
semua jenis kulit

Baik lelaki mahupun wanita

Entri #43 Pengalaman Buka Booth Qaseh Gold

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Sekali lagi saya terhenti menulis kerana tuntutan kerja di luar. Cewah..Gah bunyinya. E-Shoppe Qaseh Gold ditawarkan untuk membuka booth di SME Corp. Hari pertama saya bergandingan bersama Pn Anum iaitu Stokis Ampang dan hari kedua saya bergandingan dengan Pn Zera, Rakan Niaga dari Seri Gombak. 

Mengangkat barang jualan dengan troli dan beg besar seorang diri yang tidak boleh saya lupakan.Pengalaman pertama buka booth secara rasmi selama 2 hari. Pengalaman hari pertama 'NO SALES' at all. Saya melihat booth makanan hanya dilanggan kakitangan SME Corp dan peniaga yang terlibat. Crowd tidak ramai. Kebanyakan peniaga mengeluh kerana promosi tidak dibuat sebaiknya. Tiada orang luar dari pejabat lain yang datang. Pengalaman hari pertama membuat saya sedikit down dan terasa tidak mahu berniaga keesokan harinya.


Berwhatsapp dengan kawan-kawan, mereka memberi kata semangat. Rezeki Allah kita tidak tahu. Mungkin hari kedua akan ada sales. Alhamdulillah, hari kedua pagi-pagi lagi saya sudah buka resit. Saya yakin rezeki Allah itu ada. Ada sales walau tidak memberansangkan. Booth pertama buat saya dan berjaya close deal adalah kejayaan buat saya.

Bukan mudah untuk close deal tetapi dengan pasukan yang ada kami sama-sama belajar. Kami belajar menganalisis kuasa beli perorangan, shopping attitude, pendekatan close deal yang sesuai mengikut level dan kerjaya pelanggan. Semua pembelajaran yang dipelajari secara teori  dan dipraktikkan di lapangan. 


Jom kita review tentang apa yang telah kita belajar dalam perniagaan baru nak mula ini.

1. Product knowledge
2. Close deal - penerangan khusus akan saya buat di entri akan datang


Gambar di bawah adalah booth kedua di SDSI, MITC Melaka. 2 hari selepas buka booth di SME Corp.  Ia bersempena Karnival Kembar Havoc yang telah mencatatkan di dalam Malaysia Book of Record yang menyaksikan Perhimpunan Terbesar Kembar di Seluruh Malaysia.

 En.Badang saya.




Nur Hasliza Hamar
Stokis Bandar Baru Bangi - 016-412 6479 / 016 414 6479
www.nurhaslizahamar.blogspot.com.my
facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page :https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold/




Monday 7 December 2015

Entri #42 Cantik dengan Gojes By Qaseh Gold

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Ana Edar Sdn. Bhd & Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t

Lama tidak bersiaran.Penat menyiapkan persiapan untuk buka booth esok. Mungkin sebab kali pertama jadi persiapan banyak untuk prop. Tapi untuk next booth tidaklah beria sangat persiapannya recycle sajalah kan.

Hari ini saya nak bercerita tentang penjagaan muka dan kulit. Sejujurnya saya tidak suka berhias berlebih-lebihan. Cukup hanya sederhana. Saya juga tidak menggunakan produk sebarangan untuk kulit muka. Oleh kerana kulit saya jenis sedikit berminyak jadi saya perlu berhati-hati menggunakan produk agar muka tidak nampak berlemuih kata orang utara.

Namun apabila Gojes by Qaseh Gold dikeluarkan oleh Ana Edar dan setelah mencubanya. Saya amat berpuas hati. Kandungan kurma, delima sebagai kandungan wajib buat Gojes untuk memantapkan Ana Edar sebagai peneraju formulasi makanan sunnah. Bukan sahaja ditambah dengan berbagai kandungan lain seperti kolagen marin, bunga teratai, ceri, argan, bunga sakura dan astaxanthin menawarkan pilihan terbaik masakini.

Kenapa ada Kolagen? Ramai yang tahu kolagen berfungsi untuk menegangkan dan menganjalkan kulit. Sebenarnya apabila menginjak 25 tahun. 1.5% kolagen dalam badan kita akan mua berkurangan
setiap hari. Apabila umur menjangkau 40-50 tahun, kita mula merasakan separuh dari kolagen badan kita akan berkurangan. Untuk itu minuman botanik Gojes by Qaseh Gold dirumus untuk mengekalkan dan menggantikan kolagen dari badan kita akan berkurangan.


Perubahan dia I cakap dengan U, memang tak terasa. Tiada proses pengelupasan. Dalam 1 kotak ada 20 sachet. Koyakkan sachet dan minum sahaja. Alhamdulillah, kulit muka saya dah sekata, cela dan noda pun hilang. Jika ada jerawat dan jeragat in shaa Allah ianya akan pudar dan hilang.

Apabila dikatakan kolagen dalam badan kita berkurangan setiap hari, maka janganlah fikir minum sekotak boleh kekal anjal selama-lamanya dan abadi ye. Untuk kecantikan terus-menerus kenalah amalkan selalu. Buat macam saya makan sehari sekali di sebelah malam. 

Kesan yang optimum boleh dirasai apabila menggunakan Serum Gojes by Qaseh Gold. Serum yang berfungsi sebagai penyegar wajah, merawat dan melembapkan kulit. Mengandungi Canadian Willow, Herba, Sym Calmin, Sym Relief dan Allantoin.



Sebelah tu testimoni diri sendiri ahak..



















Siapa mahu cantik, saya ada sediakan Set Trial Gojes By Qaseh Gold. Mana tahu nak cuba dulukan. 

boleh terus whatsapp / sms 016-412 6479

Yang di Bangi & Kajang boleh COD ;). 

Pssst..
*Minta maaf banyak-banyak. Ibu mengandung tidak disyorkan untuk mengambil Gojes By Qaseh Gold. Saya suggest untuk makan Qaseh Adinda dan Qaseh Sole untuk tenaga dan perkembangan bayi di dalam kandungan. 


Monday 30 November 2015

Entri #41 Outstation cum Bercuti Ke Cameron Highlands

Teks: Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

2-3 hari ini saya menemani en.suami outstation ke Ipoh, Perak. Begitu selalunya apabila suami mengajak menemaninya. Bagi saya inilah percutian kami. Selaku saudagar dari rumah yang mempunyai suami yang mempunyai pekerjaan yang hectic inilah percutian kami. 

Jika ada kelapangan kami akan teruskan membuat percutian mengejut. Seperti baru-baru ini. Dalam perjalanan balik dari Ipoh suami terus memberikan pandangan untuk kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands. Kami suami isteri pun sebenarnya tidak suka merancang percutian kerana selalunya percutian yang dirancang tidak menjadi. 

Oleh kerana kami selalu ke Cameron Highland jadi percutian 'adhoc' kami tidaklah sesukar mana. Kami telah mengetahui di mana hotel murah even homestay yang selalu kami duduki, kami tahu di mana tempat yang sesuai untuk kami sekeluarga makan. Maklumlah makanan di 'atas' sememangnya agak mahal tetapi jika pandai mencari ia kita akan dapat makan dengan harga yang berpatutan. Kami juga tahu di mana untuk mendapatkan sayuran yang murah pada waktu kemuncak cuti sekolah. Carilah Kedai Mak Yam di hentian bas di Tanah Rata, di situ adalah kedai makan yang sedap dan juga harga berpatutan.



Baru nak mendaki ke Anjung Boh

Bersantap di Anjung Boh pulak. Padahal baru je mentedarah kat hotel :)

Layan si kecik yang tak pernah naik Cameron Highlands

Dia ni mmg suka bergambar

The whole family..abaikan si kecik yang teruja pada pokok dibelakang






Wednesday 25 November 2015

Entri #40 Pengetahuan Produk (Product Knowledge)

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Malam ini bersiaran dari Ipoh menemani Encik Suami bertugas di sini esok. Kebetulan menunggu cerita Tuan Anas Mikail (dukacita dimaklumkan di hotel ini tiada siaran Astro Ria). So sedih lalu menghadap surface saya untuk menyambung entri yang ke-40.

Saya ingin berkongsi mengenai kepentingan pengetahuan produk dalam perniagaan. Saya mempunyai pengalaman semasa bekerja sebagai Eksekutif Perhubungan Pelanggan di sebuah kolej swasta. Skop tugasan adalah lebih kepada promosi untuk kemasukan calon pelajar ke kolej ini.

Tugasan yang diterima pada minggu pertama adalah untuk membaca, memahami, mengetahui senarai kursus yang ditawarkan kepada bakal pelajar. Minggu kedua saya diberikan latihan bagaimana menganalisis keputusan pelajar dan menawarkan kursus yang sesuai ditawarkan kepada pelajar tersebut mengkikut keputusan tersebut. Itulah konsep pengetahuan produk. 

Apa yang saya cuba sampaikan di atas adalah untuk menjual produk kita perlu tahu terlebih dahulu tentang pengetahuan produk. Dalam masa yang sama kita bertindak sebagai konsultan. Itu yang membezakan anda sebagai penjual dan konsultan. Konsultan mengetahui bagaimana untuk memberi pandangan kepada pelanggan mereka dengan menganalisis permasalahan pelanggan tersebut.

Ilmu tentang pengetahuan produk WAJIB ada jika tidak anda akan sesat di dalam aktiviti jual beli. Aktiviti jual beli melibatkan aktiviti 'close deal' dengan pelanggan. Jika anda tidak 'close deal' dengan pelanggan bagaimana produk anda akan terjual. Jadi untuk berniaga anda perlu tahu ilmu pengetahuan produk terlebih dahulu. Anda ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan sekalipun anda perlu mempunyai ilmu tentang pengetahuan produk.

Langkah Mengetahui Pegetahuan Produk

1. Pengetahuan tentang produk
2. Pengetahuan tentang manfaat produk - 
3. Pengetahuan tentang cara penggunaan dan juga kepuasan hati pelanggan yang pernah 
    menggunakan produk (testimoni)
4. Pengetahuan tentang kualiti produk. Sebagai contoh pelanggan mahu mengetahui di dalam Qaseh 
    Gold ada madu. Pelanggan ingin mengetahui apakah jenis madu yang digunakan dalam kandungan     Qaseh Gold. Rania perlu tahu madu yang digunakan adalah madu tualang ;). Nampak tak manfaat 
    ilmu pengetahuan produk di situ?
5. Pengetahuan mengenai label. (Nama, berat, sukatan, tarikh luput, cara penggunaan dan
    sebagainya)
6. Pengetahuan mengenai spesifikasi produk. Adakah ia makanan halal? tergolong dalam kategori 
    ubatan atau makanan? - Jika ubatan anda perlu menerangkan sama ada produk tersebut mendapat 
   sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika tiada, terangkan kenapa. Seperti Qaseh Gold tiada 
   sijil dari KKM kerana ia telah diklasifikasikan dalam kategori makanan dan bukan ubatan.

Pengetahuan produk ini amat penting. Pelanggan sudah tentu tertarik kepada penjelasan dan penerangan yang baik. Ini akan menggambarkan anda sebagai seorang penjual yang mempunyai pengetahuan tentang produk yang dijual. Pelanggan tidak akan berasa takut ditipu seterusnya akan membeli produk anda ;)

Monday 23 November 2015

Entri #39 Pengurusan Pendapatan Bonus Ana Edar

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Zalina Zulkifli (Leader Nurqaseh Network)

Sudah 3 tahun saya bersama keluarga Qaseh Gold. Dan sepanjang itu juga saya mendapat untung runcit + bonus setiap bulan. Ya bonus setiap bulan. Ia bergantung dengan usaha kita. Kita buat kitalah yang dapat apa yang kita usahakan.

Rakan niaga tahu bahawa bonus Ana Edar diberi secara bulanan. Siapa tak suka kan? Alhamdulillah sepanjang saya di bawah Ana Edar belum pernah lagi stok saya terperuk tanpa dijual. Kenalah usaha supaya mendatangkan hasil. Untung runcit lagi + bonus lagi.

Cek yang dapat boleh buat macam-macam mengikut keperluan masing-masing. Ada yang buat simpanan wang, ada yang buat simpanan emas, ada yang bayar insuran, ada yang buat simpanan pendidikan, ada yang buat bayar roadtax, simpanan untuk menunaikan umrah dan haji dan boleh buat modal pusingan. Ya, dengan cek Qaseh ni juga boleh restock Qaseh semula tau. Lagi berganda duit yang masuk.

Ada yang masih belum boleh buat simpanan tapi masih mampu cover perbelanjaan harian. Ha kan, lega dah satu perkara di situ. Kerana apa kita berbisnes sekecil mana pun bisnes kita tentu ada keperluan yang ingin kita sempurnakan. Dan dari sekecil itu kita berdikit dan berusaha untuk menjadi berjaya dan kaya seterusnya membuka peluang kepada orang lain mengikut jejak langkah kita.

Kalau dahulu kita menyumbang sadaqah sekecil RM5 mungkin selepas ini boleh bertambah menjadi RM50 seterusnya RM500 dan mungkin juga RM500K. Baca dan hadam buku Mudahnya Mencari Rezeki. Bukankah itu bermanfaat dan menambah saham akhirah kita? Sebagai seorang Muslim letakkan sadaqah sebagai suatu perkara wajib dalam urusan bisnes kita. Pendapatan kita akan lebih barakah dan jalan untuk murah rezeki itu lebih meluas.




Sunday 22 November 2015

Entri #38 Khidmat Bimbingan dan Latihan Berniaga Qaseh Gold

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t. 

3 hari tiada update kerana menguruskan beberapa perkara yang belum diselesaikan untuk booth di Melaka. Dan yang terbaru saya mendapat jemputan untuk melibatkan diri untuk booth di SME Corp 4 hari sebelum bermulanya event di Melaka. It's a good start ha ;).

Kenapa baru bermula? Saya ingin keluar dari kepompong. Sebelum ini pergerakan terhad dan terbatas. Apabila anak-anak sedikit membesar ia memudahkan saya meneruskan misi untuk mencari sesuatu yang lebih bermakna. Iaitu mencari nilai tambah dalam kehidupan saya. 

Apabila baru bermula seharusnya saya mencari ilmu tambahan. Jadi, Jumaat lepas saya ke Sungai Buloh untuk bersama-sama dengan leader Puan Zalina Zulkifli dari NurQaseh Network untuk menambah ilmu. Berbincang, bersembang santai sahaja. Alhamdulillah, memandu dari Bangi ke Sg Buloh mencabar dengan 2 hero berusia 3 dan setahun lebih. Duduk tak diam, jalan pula banyak di tutup, maklumlah Presiden Amerika datang kan huhu.. Kami tiba ke destinasi dengan selamat walau lewat 1/2 jam. 

Untuk berbisnes, kita perlu ada ILMU BERNIAGA
Perlu tahu kenapa kita berbisnes. Takkan suka suka kan. Tentu kita ada matlamat berbisnes. Mahu langsaikan HUTANG, mahu menjadi KAYA, mahu MENCAPAI TARAF HIDUP TERBAIK untuk keluarga kita.

Bagaimana kita mahu menjual produk kita?
Bagaimana pengetahuan produk kita?
Bagaimana kita mahu mengetahui pengetahuan produk jualan kita?
Siapa sasaran pembeli kita?
Bagaimana untuk close deal dengan pelanggan kita?
Bagaimana untuk kita tingkatkan jualan kita?
Apakah strategi pemasaran yang perlu kita gunakan?
Bagaimana hendak uruskan akaun?
dan banyak lagi yang perlu kita cungkil..

HQ Ana Edar banyak memberikan peluang untuk rakan niaga dan stokis meningkatkan pengetahuan berniaga dari masa ke semasa. Bermula dari pengetahuan produk Sunnah Food Workshop yang memberikan input kandungan produk secara terperinci, NLP Sales Power,  Pelan Pemasaran dan sebagainya. Ia diatur sebaiknya untuk membantu surirumah khususnya atau mereka yang bekerja secara amnya untuk membuat pendapatan sampingan.

Apabila kita mahu berniaga, kita juga perlu mencari waktu untuk mencari ilmu. Ingat ya..ilmu tidak datang bergolek. Justeru, pengorbanan itu perlu untuk berjaya. Buka mata dan lihat disekeliling kita berapa ramai yang dahagakan ilmu perniagaan. Sanggup ke kelas, seminar, kursus berbayar kerana inginkan meningkatkan nilai tambah dalam diri. Ada yang memandu dari jauh tetapi kerana sebab pulangannya begitu 'mahal' dan mereka sanggup.

Kita punya pilihan, berada di aras yang sama atau kita melangkah untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Jom berjaya bersama-sama. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pendaftaran untuk menjadi rakaniaga Qaseh masih dibuka
Promsi Pakej Ekonomi Pakej Terendah
Anda akan dibimbing secara online dan offline


SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.comFacebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar

Tuesday 17 November 2015

Entri #37 Kreativiti Perlu Untuk Promosi (Pemasaran) Produk

Teks : Nur Hasliza Hamar
Video : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya ingin berkongs berkenaan dengan promosi. Jika kita berniaga, sudah tentu kita mahukan produk jualan kita dijual. Untuk menjual kita perlukan medium untuk produk kita dikenali. Ramai yang sedar antara medium promosi sekarang adalah media sosial seperti facebook, instagram, tweeter. Tak kurang juga masih menggunakan medium tradisional untuk membuat promosi seperti flyers / borchure dan sebagainya.

Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan baru yang saya baru belajar. Saya memang suka godek-godek window surface saya ni. Tengok jika ada aplikasi yang boleh saya gunakan. Jadi semalam saya teringat 1 perkara. Perasan tak sekarang ni iklan-iklan kempen menggunakan konsep lukisan. Menarik bukan. Mula-mula keluar dulu tak silap saya mengenai GST. Aish jangan marah- jangan marah. Bukan nak cerita tentang GST. Saya nak cerita tentang aplikasi tersebut.

Menggodeklah saya. Susahnya nak mencari kata kunci sebab tidak tahu apa sebenarnya nama aplikasi tersebut. Godek punya godek saya terjumpa 1 aplikasi Video Scribe - Sparkol. Saya percaya ada lagi aplikasi yang lain. Saya cuba dahulu Video Scribe ini dan cadangnya untuk saya gunakan di karnival yang saya join di Melaka nanti. Video Scribe ini sesuai untuk membuat aktiviti promosi kita jadi menarik. Siapa yang suka baca flyers yang ditulis panjang berjela? Tapi jika kita lakukan secara interaktif, ia akan menarik ramai orang. 

Apa kelebihan video interaktif?

  • Menarik minat orang untuk melihat
  • Memberi kefahaman dengan lebih jelas dengan masa yang singkat
  • Tidak membosankan

Jika anda membuka booth, apakah media promosi pilihan anda. Ini dipanggil promosi offline. Sudah tentu anda akan membawa flyers, bunting, banner. Pilihan yang lain yang anda boleh sediakan adalah sediakan alatan media elektronik seperti video montaj, video promosi interaktif seperti video scribe.

Anda boleh lihat video scribe yang saya buat seharian semalam (trial untuk 7 hari sahaja) lepas ni kenalah sewa ikut bulanan. Ya seharian sebab first time kan. Jika dah biasa dan dah ada mapping lagi mudah dan cepat. Tapi sebab semalam saya teruja nak buat, semalam saya download, install, buat story board dan proses penyusunan dan pencarian bahan.

Saya rasa amat senang kerana kita hanya perlu buat jalan cerita, online whiteboard ni ibarat storyboard. Jika diluar kita tampal-tampal storyboard kita tapi bila gunakan scribe kita cuma perlu taip cari watak yang sesuai untuk diletakkan dalam online whiteboard kita tu.

Kita boleh menulis, pilih dan masukkan watak, susun mengikut storyboard yang dikehendaki untuk dijadikan cerita kita. Cerita apa? Cerita mengenai produk kita. Saya menceritakan kenapa orang ramai perlu pilih Qaseh Gold untuk memangkin kesihatan mereka.

Okay, kerana ianya trial saya tak boleh nak upload cuma boleh save dalam power point saja. Jadi saya hanya boleh print screen saja.

Tapi anda boleh godek-godek di http://www.videoscribe.co/ 





Rasa ralat teramat sebab tak boleh nak upload video penuh. By the way, selamat mencuba ;)


_________________________________________________________________________

Mahu Gojes tanpa proses pengelupasan?




Trial set RM45 sahaja
Full pack RM140

*Ibu mengandung dan merancang untuk mengandung tidak disyorkan mengambil produk ini

Untuk pertanyaan boleh whatsapp saya. Kita boleh sembang-sembang ;)

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)

Entri #36 Free Market Bandar Seri Putra

Teks. Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Mungkin terlalu penat hari tu saya terlupa nak update mengenai Program Free Market yang saya join. Mula berdebar juga takut barang yang dibawa sedikit sangat. Alhamdulillah, rupanya banyak barang yang di'bersih'kan dari almari dan stor saya. Barang-barang seperti baju kurung ketika zaman sekolah menengah masih elok tersimpan dan masih boleh dipakai.

Di bawah antara gambar-gambar yang sempat saya ambil sekitar Program Free Market Bandar Seri Putra. Ramai pengunjung yang datang. Jemputan VVIP adalah Ibu Tunggal dan Anak-Anak Yatim. Ambillah mana yang berkenan dengan bayaran SENYUM :) dan ucapan terima kasih.

Rasa puas apabila melihat mereka gembira. Semoga barangan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya di dalam kita berniaga konsep amal jariah seperti ini sebenarnya merupakan 'panggilan' rezeki kepada kita. Pernah membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki? Program seperti ini adalah antaranya.

Rezeki bukan sahaja datang berbentuk fizikal. Nikmat kesihatan, keharmonian dan kerukunan keluarga, menerima bantuan, rezeki kita diperluaskan oleh Allah dalam pelbagai bentuk. Selalu saja kita diingatkan supaya jangan fikir apabila kita bersedekah kita akan menjadi miskin. 

oh, ya. Dikhabarkan next Free Market mahu diadakan lagi. Jadi, inilah masanya mengumpul barangan untuk disumbangkan pada yang memerlukan. Saya akan menguar-uarkan di fb saya https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar. Take a goo care everybody. Sayang semua..









 Pn. Hani yang bertanggungjawab menguruskan promosi program