Monday 14 December 2015

Entri #43 Pengalaman Buka Booth Qaseh Gold

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Sekali lagi saya terhenti menulis kerana tuntutan kerja di luar. Cewah..Gah bunyinya. E-Shoppe Qaseh Gold ditawarkan untuk membuka booth di SME Corp. Hari pertama saya bergandingan bersama Pn Anum iaitu Stokis Ampang dan hari kedua saya bergandingan dengan Pn Zera, Rakan Niaga dari Seri Gombak. 

Mengangkat barang jualan dengan troli dan beg besar seorang diri yang tidak boleh saya lupakan.Pengalaman pertama buka booth secara rasmi selama 2 hari. Pengalaman hari pertama 'NO SALES' at all. Saya melihat booth makanan hanya dilanggan kakitangan SME Corp dan peniaga yang terlibat. Crowd tidak ramai. Kebanyakan peniaga mengeluh kerana promosi tidak dibuat sebaiknya. Tiada orang luar dari pejabat lain yang datang. Pengalaman hari pertama membuat saya sedikit down dan terasa tidak mahu berniaga keesokan harinya.


Berwhatsapp dengan kawan-kawan, mereka memberi kata semangat. Rezeki Allah kita tidak tahu. Mungkin hari kedua akan ada sales. Alhamdulillah, hari kedua pagi-pagi lagi saya sudah buka resit. Saya yakin rezeki Allah itu ada. Ada sales walau tidak memberansangkan. Booth pertama buat saya dan berjaya close deal adalah kejayaan buat saya.

Bukan mudah untuk close deal tetapi dengan pasukan yang ada kami sama-sama belajar. Kami belajar menganalisis kuasa beli perorangan, shopping attitude, pendekatan close deal yang sesuai mengikut level dan kerjaya pelanggan. Semua pembelajaran yang dipelajari secara teori  dan dipraktikkan di lapangan. 


Jom kita review tentang apa yang telah kita belajar dalam perniagaan baru nak mula ini.

1. Product knowledge
2. Close deal - penerangan khusus akan saya buat di entri akan datang


Gambar di bawah adalah booth kedua di SDSI, MITC Melaka. 2 hari selepas buka booth di SME Corp.  Ia bersempena Karnival Kembar Havoc yang telah mencatatkan di dalam Malaysia Book of Record yang menyaksikan Perhimpunan Terbesar Kembar di Seluruh Malaysia.

 En.Badang saya.




Nur Hasliza Hamar
Stokis Bandar Baru Bangi - 016-412 6479 / 016 414 6479
www.nurhaslizahamar.blogspot.com.my
facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page :https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold/




No comments:

Post a Comment