Monday 4 January 2016

#48 SOLE pecahkan Batu Karang?

Batu Karang Penyakit Lelaki?


Artikel daripada Mingguan Malaysia bertarikh 20.05.2012


Batu karang adalah satu masalah yang kerap ditemui dan boleh berlaku kepada setiap orang daripada 10 orang. Risiko untuk mendapatkan batu karang adalah 5 hingga 10 peratus dan kemungkinan seorang hingga dua orang setiap 1000 orang dalam populasi akan mengalami sakit akibat batu karang. 



Kejadian batu karang kerap berlaku kepada pesakit berusia 30 hingga 50 tahun. Apabila berbincang berkenaan penyakit batu karang, rata-rata pesakit yang kita kenali di sekeliling kita ialah lelaki. Pelik tapi benar, berdasarkan kajian, penyakit batu karang sememangnya lebih mudah menyerang lelaki berbanding wanita. Nisbah sebanyak tiga orang lelaki bagi setiap seorang wanita mempunyai masalah batu karang.



PUNCA-PUNCA
Menurut Pakar Perunding Urologi Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Suresh Sabaratnam, masalah batu karang lebih cenderung menyerang lelaki atas beberapa faktor terutamanya gaya hidup mereka.


Antara punca lelaki senang terkena penyakit batu karang adalah kerana gaya hidup yang dilalui selama bertahun-tahun tanpa mereka sedari mengganggu sistem buah pinggang.

Gaya hidup lelaki yang membuatkan mereka lebih senang untuk obes dan juga gaya pemakanan yang tidak seimbang antara puncanya. Lelaki boleh dikatakan kurang mengambil air kosong seperti yang disarankan setiap hari lalu menyebabkan penghidtaran. Malah, mereka kurang melakukan senaman bagi mengekalkan gaya hidup sihat. Ia tidak ada kaitan dengan hormon masing-masing yang berbeza.
Ada kajian turut menyatakan lelaki lebih berisiko mempunyai masalah batu karang kerana jumlah otot yang lebih besar berbanding wanita. Kerosakan pada tisu otot setiap hari menyebabkan penambahan pembuangan metabolisme dan kecenderungan pembentukan batu. Saluran urin yang kompleks berbanding wanita juga dikatakan antara punca kecenderungan tersebut.
Risiko lain antaranya sejarah keluarga yang menghidap masalah sama, hipertensi, gout, lumpuh, penyahidratan, masalah metabolisme, kekurangan sitrat pada urin dan cuaca panas. Pekerjaan yang kurang melibatkan pergerakan seperti kerja yang duduk sahaja di pejabat atau individu yang jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.



SIPTOM 

Kebanyakkan batu karang tidak memberi sebarang simptom. Simpton yang kerap berlaku adalah pengembungan sistem ureter iaitu sakit secara tiba-tiba disebabkan pengembangan, regangan atau kekejangan pada ureter. Sakit akan bermula di bahagian belakang pinggang dan bergerak ke bahagian alat sulit dan mungkin terdapat kesan darah dalam air kencing.



Sakit biasanya terjadi disebabkan oleh batu yang bergerak dan pesakit selalunya tidak dapat duduk diam dalam kesakitan. Apabila batu karang berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah dan ianya terhenti apabila batu karang berhenti bergerak. Selalunya bahagian yang paling terasa pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. 

Simptom lain yang boleh berlaku adalah demam menggigil, sakit bila kencing ( dysuria ), darah dalam kencing, penanahan air kencing, muntah dan loya. " Penyakit ini berbahaya jika berlaku komplikasi seperti saluran kencing tersumbat yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang. Malah, jangkitan kuman juga boleh menggugat nyawa", terang Dr. Suresh.


PENCEGAHAN DAN RAWATAN



Jelas Dr. Suresh, batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan pada gaya hidup. Selain itu, setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal terutamanya mereka yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap batu karang.

Melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera. Bagi individu yang mengalami masalah batu karang, anda digalakkan minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing dan elakkan minuman manis terutama air berkarbonat. 

Kekurangan vitamin B6 dan potasium menyebabkan pembentukan batu karang. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, kubis bunga dan pisang dapat mengatasi masalah ini. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.

Kekurangan pengambilan garam dan gula termasuk ikan masin, jeruk dan coklat serta banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat. Sumber protein haiwan perlu dikurangkan sebaliknya menggantikannya dengan protein tumbuh-tumbuhan. Rawatan penyakit ini berbeza mengikut keadaan kes itu.

Jika batu-batu ini dapat keluar dengan spontan maka ubat yang diambil dapat mengelakkan masalah ini berulang. Apabila batu itu keluar, pesakit hendaklah menyimpannya untuk dibuat kajian supaya doktor dapat menentukan punca terjadinya batu tersebut dan boleh pula dalam membantu dalam rancangan perubatan.


Selain itu, penyakit batu karang ini juga boleh diubati dengan mengamalkan SOLE. SOLE adalah sejenis garam mineral berasal dari Himalaya. SOLE mengandungi 84 zat mineral yang diperlukan dalam tubuh manusia. Mineral yang terdapat dalam SOLE dapat melarutkan batu karang. Insyallah dengan mengamalkan SOLE dapat mengelakkan terjadinya batu karang.