Monday 30 November 2015

Entri #41 Outstation cum Bercuti Ke Cameron Highlands

Teks: Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

2-3 hari ini saya menemani en.suami outstation ke Ipoh, Perak. Begitu selalunya apabila suami mengajak menemaninya. Bagi saya inilah percutian kami. Selaku saudagar dari rumah yang mempunyai suami yang mempunyai pekerjaan yang hectic inilah percutian kami. 

Jika ada kelapangan kami akan teruskan membuat percutian mengejut. Seperti baru-baru ini. Dalam perjalanan balik dari Ipoh suami terus memberikan pandangan untuk kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands. Kami suami isteri pun sebenarnya tidak suka merancang percutian kerana selalunya percutian yang dirancang tidak menjadi. 

Oleh kerana kami selalu ke Cameron Highland jadi percutian 'adhoc' kami tidaklah sesukar mana. Kami telah mengetahui di mana hotel murah even homestay yang selalu kami duduki, kami tahu di mana tempat yang sesuai untuk kami sekeluarga makan. Maklumlah makanan di 'atas' sememangnya agak mahal tetapi jika pandai mencari ia kita akan dapat makan dengan harga yang berpatutan. Kami juga tahu di mana untuk mendapatkan sayuran yang murah pada waktu kemuncak cuti sekolah. Carilah Kedai Mak Yam di hentian bas di Tanah Rata, di situ adalah kedai makan yang sedap dan juga harga berpatutan.



Baru nak mendaki ke Anjung Boh

Bersantap di Anjung Boh pulak. Padahal baru je mentedarah kat hotel :)

Layan si kecik yang tak pernah naik Cameron Highlands

Dia ni mmg suka bergambar

The whole family..abaikan si kecik yang teruja pada pokok dibelakang






Wednesday 25 November 2015

Entri #40 Pengetahuan Produk (Product Knowledge)

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Malam ini bersiaran dari Ipoh menemani Encik Suami bertugas di sini esok. Kebetulan menunggu cerita Tuan Anas Mikail (dukacita dimaklumkan di hotel ini tiada siaran Astro Ria). So sedih lalu menghadap surface saya untuk menyambung entri yang ke-40.

Saya ingin berkongsi mengenai kepentingan pengetahuan produk dalam perniagaan. Saya mempunyai pengalaman semasa bekerja sebagai Eksekutif Perhubungan Pelanggan di sebuah kolej swasta. Skop tugasan adalah lebih kepada promosi untuk kemasukan calon pelajar ke kolej ini.

Tugasan yang diterima pada minggu pertama adalah untuk membaca, memahami, mengetahui senarai kursus yang ditawarkan kepada bakal pelajar. Minggu kedua saya diberikan latihan bagaimana menganalisis keputusan pelajar dan menawarkan kursus yang sesuai ditawarkan kepada pelajar tersebut mengkikut keputusan tersebut. Itulah konsep pengetahuan produk. 

Apa yang saya cuba sampaikan di atas adalah untuk menjual produk kita perlu tahu terlebih dahulu tentang pengetahuan produk. Dalam masa yang sama kita bertindak sebagai konsultan. Itu yang membezakan anda sebagai penjual dan konsultan. Konsultan mengetahui bagaimana untuk memberi pandangan kepada pelanggan mereka dengan menganalisis permasalahan pelanggan tersebut.

Ilmu tentang pengetahuan produk WAJIB ada jika tidak anda akan sesat di dalam aktiviti jual beli. Aktiviti jual beli melibatkan aktiviti 'close deal' dengan pelanggan. Jika anda tidak 'close deal' dengan pelanggan bagaimana produk anda akan terjual. Jadi untuk berniaga anda perlu tahu ilmu pengetahuan produk terlebih dahulu. Anda ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan sekalipun anda perlu mempunyai ilmu tentang pengetahuan produk.

Langkah Mengetahui Pegetahuan Produk

1. Pengetahuan tentang produk
2. Pengetahuan tentang manfaat produk - 
3. Pengetahuan tentang cara penggunaan dan juga kepuasan hati pelanggan yang pernah 
    menggunakan produk (testimoni)
4. Pengetahuan tentang kualiti produk. Sebagai contoh pelanggan mahu mengetahui di dalam Qaseh 
    Gold ada madu. Pelanggan ingin mengetahui apakah jenis madu yang digunakan dalam kandungan     Qaseh Gold. Rania perlu tahu madu yang digunakan adalah madu tualang ;). Nampak tak manfaat 
    ilmu pengetahuan produk di situ?
5. Pengetahuan mengenai label. (Nama, berat, sukatan, tarikh luput, cara penggunaan dan
    sebagainya)
6. Pengetahuan mengenai spesifikasi produk. Adakah ia makanan halal? tergolong dalam kategori 
    ubatan atau makanan? - Jika ubatan anda perlu menerangkan sama ada produk tersebut mendapat 
   sijil dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Jika tiada, terangkan kenapa. Seperti Qaseh Gold tiada 
   sijil dari KKM kerana ia telah diklasifikasikan dalam kategori makanan dan bukan ubatan.

Pengetahuan produk ini amat penting. Pelanggan sudah tentu tertarik kepada penjelasan dan penerangan yang baik. Ini akan menggambarkan anda sebagai seorang penjual yang mempunyai pengetahuan tentang produk yang dijual. Pelanggan tidak akan berasa takut ditipu seterusnya akan membeli produk anda ;)

Monday 23 November 2015

Entri #39 Pengurusan Pendapatan Bonus Ana Edar

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Zalina Zulkifli (Leader Nurqaseh Network)

Sudah 3 tahun saya bersama keluarga Qaseh Gold. Dan sepanjang itu juga saya mendapat untung runcit + bonus setiap bulan. Ya bonus setiap bulan. Ia bergantung dengan usaha kita. Kita buat kitalah yang dapat apa yang kita usahakan.

Rakan niaga tahu bahawa bonus Ana Edar diberi secara bulanan. Siapa tak suka kan? Alhamdulillah sepanjang saya di bawah Ana Edar belum pernah lagi stok saya terperuk tanpa dijual. Kenalah usaha supaya mendatangkan hasil. Untung runcit lagi + bonus lagi.

Cek yang dapat boleh buat macam-macam mengikut keperluan masing-masing. Ada yang buat simpanan wang, ada yang buat simpanan emas, ada yang bayar insuran, ada yang buat simpanan pendidikan, ada yang buat bayar roadtax, simpanan untuk menunaikan umrah dan haji dan boleh buat modal pusingan. Ya, dengan cek Qaseh ni juga boleh restock Qaseh semula tau. Lagi berganda duit yang masuk.

Ada yang masih belum boleh buat simpanan tapi masih mampu cover perbelanjaan harian. Ha kan, lega dah satu perkara di situ. Kerana apa kita berbisnes sekecil mana pun bisnes kita tentu ada keperluan yang ingin kita sempurnakan. Dan dari sekecil itu kita berdikit dan berusaha untuk menjadi berjaya dan kaya seterusnya membuka peluang kepada orang lain mengikut jejak langkah kita.

Kalau dahulu kita menyumbang sadaqah sekecil RM5 mungkin selepas ini boleh bertambah menjadi RM50 seterusnya RM500 dan mungkin juga RM500K. Baca dan hadam buku Mudahnya Mencari Rezeki. Bukankah itu bermanfaat dan menambah saham akhirah kita? Sebagai seorang Muslim letakkan sadaqah sebagai suatu perkara wajib dalam urusan bisnes kita. Pendapatan kita akan lebih barakah dan jalan untuk murah rezeki itu lebih meluas.




Sunday 22 November 2015

Entri #38 Khidmat Bimbingan dan Latihan Berniaga Qaseh Gold

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t. 

3 hari tiada update kerana menguruskan beberapa perkara yang belum diselesaikan untuk booth di Melaka. Dan yang terbaru saya mendapat jemputan untuk melibatkan diri untuk booth di SME Corp 4 hari sebelum bermulanya event di Melaka. It's a good start ha ;).

Kenapa baru bermula? Saya ingin keluar dari kepompong. Sebelum ini pergerakan terhad dan terbatas. Apabila anak-anak sedikit membesar ia memudahkan saya meneruskan misi untuk mencari sesuatu yang lebih bermakna. Iaitu mencari nilai tambah dalam kehidupan saya. 

Apabila baru bermula seharusnya saya mencari ilmu tambahan. Jadi, Jumaat lepas saya ke Sungai Buloh untuk bersama-sama dengan leader Puan Zalina Zulkifli dari NurQaseh Network untuk menambah ilmu. Berbincang, bersembang santai sahaja. Alhamdulillah, memandu dari Bangi ke Sg Buloh mencabar dengan 2 hero berusia 3 dan setahun lebih. Duduk tak diam, jalan pula banyak di tutup, maklumlah Presiden Amerika datang kan huhu.. Kami tiba ke destinasi dengan selamat walau lewat 1/2 jam. 

Untuk berbisnes, kita perlu ada ILMU BERNIAGA
Perlu tahu kenapa kita berbisnes. Takkan suka suka kan. Tentu kita ada matlamat berbisnes. Mahu langsaikan HUTANG, mahu menjadi KAYA, mahu MENCAPAI TARAF HIDUP TERBAIK untuk keluarga kita.

Bagaimana kita mahu menjual produk kita?
Bagaimana pengetahuan produk kita?
Bagaimana kita mahu mengetahui pengetahuan produk jualan kita?
Siapa sasaran pembeli kita?
Bagaimana untuk close deal dengan pelanggan kita?
Bagaimana untuk kita tingkatkan jualan kita?
Apakah strategi pemasaran yang perlu kita gunakan?
Bagaimana hendak uruskan akaun?
dan banyak lagi yang perlu kita cungkil..

HQ Ana Edar banyak memberikan peluang untuk rakan niaga dan stokis meningkatkan pengetahuan berniaga dari masa ke semasa. Bermula dari pengetahuan produk Sunnah Food Workshop yang memberikan input kandungan produk secara terperinci, NLP Sales Power,  Pelan Pemasaran dan sebagainya. Ia diatur sebaiknya untuk membantu surirumah khususnya atau mereka yang bekerja secara amnya untuk membuat pendapatan sampingan.

Apabila kita mahu berniaga, kita juga perlu mencari waktu untuk mencari ilmu. Ingat ya..ilmu tidak datang bergolek. Justeru, pengorbanan itu perlu untuk berjaya. Buka mata dan lihat disekeliling kita berapa ramai yang dahagakan ilmu perniagaan. Sanggup ke kelas, seminar, kursus berbayar kerana inginkan meningkatkan nilai tambah dalam diri. Ada yang memandu dari jauh tetapi kerana sebab pulangannya begitu 'mahal' dan mereka sanggup.

Kita punya pilihan, berada di aras yang sama atau kita melangkah untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Jom berjaya bersama-sama. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pendaftaran untuk menjadi rakaniaga Qaseh masih dibuka
Promsi Pakej Ekonomi Pakej Terendah
Anda akan dibimbing secara online dan offline


SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.comFacebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar

Tuesday 17 November 2015

Entri #37 Kreativiti Perlu Untuk Promosi (Pemasaran) Produk

Teks : Nur Hasliza Hamar
Video : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya ingin berkongs berkenaan dengan promosi. Jika kita berniaga, sudah tentu kita mahukan produk jualan kita dijual. Untuk menjual kita perlukan medium untuk produk kita dikenali. Ramai yang sedar antara medium promosi sekarang adalah media sosial seperti facebook, instagram, tweeter. Tak kurang juga masih menggunakan medium tradisional untuk membuat promosi seperti flyers / borchure dan sebagainya.

Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan baru yang saya baru belajar. Saya memang suka godek-godek window surface saya ni. Tengok jika ada aplikasi yang boleh saya gunakan. Jadi semalam saya teringat 1 perkara. Perasan tak sekarang ni iklan-iklan kempen menggunakan konsep lukisan. Menarik bukan. Mula-mula keluar dulu tak silap saya mengenai GST. Aish jangan marah- jangan marah. Bukan nak cerita tentang GST. Saya nak cerita tentang aplikasi tersebut.

Menggodeklah saya. Susahnya nak mencari kata kunci sebab tidak tahu apa sebenarnya nama aplikasi tersebut. Godek punya godek saya terjumpa 1 aplikasi Video Scribe - Sparkol. Saya percaya ada lagi aplikasi yang lain. Saya cuba dahulu Video Scribe ini dan cadangnya untuk saya gunakan di karnival yang saya join di Melaka nanti. Video Scribe ini sesuai untuk membuat aktiviti promosi kita jadi menarik. Siapa yang suka baca flyers yang ditulis panjang berjela? Tapi jika kita lakukan secara interaktif, ia akan menarik ramai orang. 

Apa kelebihan video interaktif?

  • Menarik minat orang untuk melihat
  • Memberi kefahaman dengan lebih jelas dengan masa yang singkat
  • Tidak membosankan

Jika anda membuka booth, apakah media promosi pilihan anda. Ini dipanggil promosi offline. Sudah tentu anda akan membawa flyers, bunting, banner. Pilihan yang lain yang anda boleh sediakan adalah sediakan alatan media elektronik seperti video montaj, video promosi interaktif seperti video scribe.

Anda boleh lihat video scribe yang saya buat seharian semalam (trial untuk 7 hari sahaja) lepas ni kenalah sewa ikut bulanan. Ya seharian sebab first time kan. Jika dah biasa dan dah ada mapping lagi mudah dan cepat. Tapi sebab semalam saya teruja nak buat, semalam saya download, install, buat story board dan proses penyusunan dan pencarian bahan.

Saya rasa amat senang kerana kita hanya perlu buat jalan cerita, online whiteboard ni ibarat storyboard. Jika diluar kita tampal-tampal storyboard kita tapi bila gunakan scribe kita cuma perlu taip cari watak yang sesuai untuk diletakkan dalam online whiteboard kita tu.

Kita boleh menulis, pilih dan masukkan watak, susun mengikut storyboard yang dikehendaki untuk dijadikan cerita kita. Cerita apa? Cerita mengenai produk kita. Saya menceritakan kenapa orang ramai perlu pilih Qaseh Gold untuk memangkin kesihatan mereka.

Okay, kerana ianya trial saya tak boleh nak upload cuma boleh save dalam power point saja. Jadi saya hanya boleh print screen saja.

Tapi anda boleh godek-godek di http://www.videoscribe.co/ 





Rasa ralat teramat sebab tak boleh nak upload video penuh. By the way, selamat mencuba ;)


_________________________________________________________________________

Mahu Gojes tanpa proses pengelupasan?




Trial set RM45 sahaja
Full pack RM140

*Ibu mengandung dan merancang untuk mengandung tidak disyorkan mengambil produk ini

Untuk pertanyaan boleh whatsapp saya. Kita boleh sembang-sembang ;)

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)

Entri #36 Free Market Bandar Seri Putra

Teks. Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Mungkin terlalu penat hari tu saya terlupa nak update mengenai Program Free Market yang saya join. Mula berdebar juga takut barang yang dibawa sedikit sangat. Alhamdulillah, rupanya banyak barang yang di'bersih'kan dari almari dan stor saya. Barang-barang seperti baju kurung ketika zaman sekolah menengah masih elok tersimpan dan masih boleh dipakai.

Di bawah antara gambar-gambar yang sempat saya ambil sekitar Program Free Market Bandar Seri Putra. Ramai pengunjung yang datang. Jemputan VVIP adalah Ibu Tunggal dan Anak-Anak Yatim. Ambillah mana yang berkenan dengan bayaran SENYUM :) dan ucapan terima kasih.

Rasa puas apabila melihat mereka gembira. Semoga barangan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya. Sebenarnya di dalam kita berniaga konsep amal jariah seperti ini sebenarnya merupakan 'panggilan' rezeki kepada kita. Pernah membaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki? Program seperti ini adalah antaranya.

Rezeki bukan sahaja datang berbentuk fizikal. Nikmat kesihatan, keharmonian dan kerukunan keluarga, menerima bantuan, rezeki kita diperluaskan oleh Allah dalam pelbagai bentuk. Selalu saja kita diingatkan supaya jangan fikir apabila kita bersedekah kita akan menjadi miskin. 

oh, ya. Dikhabarkan next Free Market mahu diadakan lagi. Jadi, inilah masanya mengumpul barangan untuk disumbangkan pada yang memerlukan. Saya akan menguar-uarkan di fb saya https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar. Take a goo care everybody. Sayang semua..









 Pn. Hani yang bertanggungjawab menguruskan promosi program


Monday 16 November 2015

Entri #35 Jana Pendapatan Tanpa Modal dengan Qaseh Gold

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

                           

Ramai yang mengeluh akan kegawatan ekonomi hari ini dan percaya atau tidak, kesannya telah mengubah cara kehidupan kita pada hari ini. Cuba anda kaji dalam kehidupan seharian. Apa yang telah berubah sejak kegawatan ekonomi. Dengan harga barang keperluan yang tinggi, kos perjalanan ke tempat kerja, tol, bil dan sebagainya.

Sudah tentu mereka yang mempunyai kadar gaji yang cukup-cukup makan akan duduk melihat apa yang sepatutnya dilakukan pada tempoh kegawatan. Ada yang mencari jalan penjimatan dalam keperluan seharian. Ada yang naik moto ke tempat kerja seperti suami saya. Kereta yang digunakan jika kami sekeluarga keluar membeli barang dapur. Jika ada yang sering membeli lauk pauk di kedai sekarang dah mula tangkas di dapur. Bila bunga kantan sekuntum mencecah RM3. Ramai yang mula memikirkan untuk bercucuk tanam.

Saat dan ketika ini ruang dan peluang harus di cari untuk menjana pendapatan. Bagaimana untuk anda jana pendapatan. Lihat di sekeliling anda, apakah yang boleh menjadikan punca untuk jana pendapatan. Bagaimana? Bisnes sekarang bermacam-macam. Menggunakan modal dan tidak menggunakan modal seperti agen dropship / dropshipper.

Untuk mengeluarkan modal mungkin sukar. Wang mahu digunakan. Mengapa tidak anda memilih pilihan untuk jana pendapatan tanpa modal tersebut. Majoriti hari ini, ramai yang menggunakan smartfon dan menggunakan media whatsapp, facebook untuk bersosial. Mengapa tidak sahabat semua tukarkan hobi tersebut sebagai punca pendapatan dengan menjadi agen dropship. 
  • Tidak perlu simpan stok
  • Cari pelanggan
  • Aturkan jual beli
Bayaran? Biasanya pembekal akan memberikan komisen kepada dropshipper. Jika banyak jualan maka banyaklah komisen. Modal hanya tulisan di facebook, whatsapp, instagram, gambar, testimoni. Dropshipper Qaseh Gold di bawah saya akan dibimbing untuk buat jualan. 

Nah! anda jana pendapatan sendiri dengan menjadi dropshipper. Ramai agen-agen dropshipper di luar sana telah pun berjaya mempunyai perniagaan sendiri. Dropship adalah langkah yang baik untuk sahabat semua belajar bagaimana untuk berniaga. Fikirkan kehidupan kita untuk menjadi lebih baik.

Untuk memahami konsep dropshipper. Boleh gambar di bawah.


Untuk menjadi dropshipper Qaseh Gold boleh whatsapp kepada saya ditalian 016-412 6479

Semoga hari ini lebih baik dari semalam ;)



Sunday 15 November 2015

Entri #34 Latihan Penting Untuk Kekalkan Momentum Diri

Tarikh Peristiwa : 14 Nov 2015
Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya menulis entri tertangguh saya pada hari Jumaat lepas. Memang tidak sempat menulis. Sibuk mengumpulkan barang-barang untuk disumbangkan di Free Market yang akan berlangung pada hari semalam (Ahad).

Pada sebelah malamnya saya menghadiri training Program di Ana Edar. Menjadi salah seorang rakan niaga dan juga stokis menuntut saya untuk menggali ilmu perniagaan sebagai rakan niaga dan stokis Ana Edar. Semangat kita boleh luntur jika tiada pembimbing. Kerana itu saya memilih Ana Edar sebagai tapak untuk saya mengenali dunia perniagaan. Walau dahulu saya pernah mengendalikan beberapa perniagaan kecil. Ia tidak sama jika kita berniaga seorang. 

Paling tidak kita punya guru atau rakan yang boleh membimbing kita dalam dunia perniagaan. Apabila kita 'lost' kita perlukan seseorang yang boleh menunjukkan jalan yang betul. Begitu juga apabila saya menulis blog sebagai pelajar Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Saya ingin menjana pendapatan melalui penulisan. Bagaimana? Jadi saya perlu berguru. Kadang kala saya terasa isi kandungan penulisan saya kadang-kadang ke 'laut'. Jadi saya perlukan guru untuk membimbing saya ke darat semula. Jadi, saya akan bertanya pada Cikgu Anys apa pembetulan yang patut saya lakukan.

Pengekalan dan peningkatan momentum adalah penting untuk memastikan kita berada di atas 'track' yang betul dan tidak melencong. Kerana itu kita perlukan leader yang benar-benar bersama dengan kita. Setiap kali dalam permasalahan kita punya sumber rujukan. Dalam pada itu, banyakkan pembacaan kerana ia akan dapat membuka minda kita dengan lebih meluas. 

Semasa bekerja ya saya menulis. Juga sama konsepnya, di dalam satu team kami di monitor dan teguran diberi sekiranya hasil penulisan kami tidak 'up to the mark'. Di dalam Jemaah Ana Edar, diberi pancing dan tidak disuap kerana itu tagline kami 'ANDA BUAT, ANDA DAPAT' pendapatan yang tinggi. Jadi pelbagai latihan disediakan untuk mengekalkan momentum stokis dan rakan niaga. Perunding juga mengajar teknik dan strategi memasarkan produk. Jadi kenapa tunggu untuk join salah seorang rakan niaga Ana Edar?

Mesti pembaca ada yang bertanya. Bagaimana kalau jauh, bolehkah berinteraksi secara online? Saya akan bincangkan pada entri lain ya.





Pendaftaran rakan niaga sentiasa dialu-alukan bagi mereka yang 'BENAR-BENAR' hidupnya berubah. Tingkat dan jana pendapatan melalui rangkaian muslim Ana Edar.

Sebarang pertanyaan boleh

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com







Thursday 12 November 2015

Entri #33 Sudut Permainan Anak-Anak dalam Rumah

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Di rumah, saya menyediakan sebuah bilik kecil untuk sebagai sudut anak-anak bermain. Antara lain tujuannya adalah mereka tidak membuat sepah di ruang tamu. Jadi bagi saya elok untuk sediakan 1 sudut khas untuk mereka membaca, bermain, bersepah, berimaginasi dan sebagainya. Tak larat mommy nak mengemas anak.

Bilik ini sebenarnya bilik yang penuh barang katil dan sebagainya. Jadi, untuk merealisasikan impian mommy untuk buat bilik untuk hero-hero ni. Mommy guna kudrat mengangkut katil ke atas bagi clear semua. Then step by step mommy perlahan-lahan deko bilik.

Mommy hack shower curtain dari Kaison hanya RM19.90 saje untuk dijadikan langsir bilik. Mulanya ingat nak berkreativiti menconteng bilik. Tapi memikirkan mommy adalah seorang yang keras tangan, maka mommy rasa adalah patut untuk beli saja curtain yang boleh menampakkan bilik jadi menarik.


Kemudian untuk lantai mommy beli foam dari Giant. Lebih murah dari kat luar RM19.90 (10 keping) berbanding di luar RM30. Yang penting warna-warni. Kalau anak-anak berkuntau pun jatuh tak de lah sakit sangat. Mommy memang suka shopping barang educational toys. Mommy akan beli barang murah dan tahan lama. Kalau mahal sangat mommy selalunya akan cari di Nilai dan tengok display stuff seperti montessori educational stuff bawah langsir tu. Harganya hampir RM200, mommy dapat beli dengan harga RM120.


Tempat rolling ball tu mommy buat sendiri. Guna tempat gulung tisu dan kotak. Cuma sediakan bola ping pong dan anak-anak jatuhkan bola dan biarkan bola jatuh ke bawah. Seronok mereka. 

Sekiranya tiada bilik khas tak pe juga. Sediakan 1 sudut kecil dalam rumah dan hiaskan serta pastikan anak-anak tahu bahawa itu sahaja sudut tempat mereka bermain. Ini penting supaya, mama-mama tidak letih mengemas nanti. Anak-anak Qaseh Junior saya amat gemar berkreativiti jadi inilah tempatnya. Qaseh Junior memberikan mereka tenaga dan menjadikan otak mereka cerdas. In Shaa Allah..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Rasa manis kurma pasti memikat hati si manja

Untuk membuat pesanan Qaseh Junior (RM66) tidak termasuk pos
klik link di bawah. Untuk pertanyaan boleh whatsapp saya. Kita boleh sembang-sembang ;)

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com


Entri #32 Lipstik 05 Tahan Lama, Halal dan Boleh Bawa Solat

Teks: Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t

Semua wanita mahu tampil bergaya dengan mengenakan walau sedikit calitan lipstick atau gincu. Ana Edar telah mempunyai produk lipstik 05 di mana ianya halal dan boleh di bawa solat. Ia mempunyai fungsi melembap dan merawat bibir merekah.

Keistimewaannya, apabila dioles ke bibir ia akan bertukar mengikut pengaliran darah. Sesuai juga untuk bibir yang sensitif. Ia HALAL dan SUCI. Tidak mengandungi paraben serta bahan kimia berbahaya. Tahan lama negatif.

Kandungannya

Berasaskan lilin lebah
Minyak zaitun
Minyak Gamat
Minyak Kelapa Dara
Aloe Vera
Porpolis




HARGA RM35.00


Untuk membuat pesanan Lipstik 05
klik link di bawah. Untuk pertanyaan boleh whatsapp saya. Kita boleh sembang-sembang ;)

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com

Entri #31 Urusan Kunci Rumah Baru dan Persiapan Free Market

Assalamualaikum,

Berhari tak update blog. Saya sebenarnya agak sibuk dengan beberapa urusan minggu ini. Pertamanya urusan mengambil kunci rumah baru. Alhamdulillah. Kunci rumah yang tertangguh selama 2 tahun. Tak pe lah..malas nak cerita yang lepas. Kunci sudah berada di tangan syukur Alhamdulillah. Lokasi di belakang Subang Airport sahaja. In shaa Allah rumah untuk investment. Ada yang berniat untuk menyewa boleh hubungi saya ;) 

Urusan kedua adalah mengumpulkan barangan untuk disumbangkan di Free Market Bandar Seri Putra Ahad / 15 November 2015 ini. Free Market ini berkonsepkan ambil barangan sekadar perlu secara percuma. Mungkin konsep ini baru lagi dalam masyarakat kita tetapi tidak diluar negara.

Barangan yang diperlukan adalah seperti. VIP Jemputan adalah dari kalangan Ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim.

1. Pakaian
2. Barang elektrik
3. Pinggan mangkuk
4. Keperluan bayi

Sekiranya anda yang berada di sekitar Bangi, Kajang, Semenyih mempunyai barangan yang ingin disumbangkan seperti di atas. Boleh berhubung dengan saya secara terus melalui talian 016-412 6479 - Nur Hasliza Hamar.

Tuesday 10 November 2015

Entri #30 Qaseh Adinda Menyokong Kesihatan Ibu Mengandung

Teks : Nur Hasliza Hamar
Assalamualaikum w.b.t.
Biasanya wanita mengandung mengalami alahan dalam trimester pertama iaitu dalam 3 bulan pertama. Rasa lemah tidak bertenaga, mengalami alahan, perut sebu tidak selesa, paras hemoglobin rendah. Seperti saya sendiri, saya mengalami alahan sehingga 9 bulan. Bila anak keluar je dari perut, masa itulah alahan saya hilang dan nikmat makan berpantang amatlah terasa. 
Sesetengah wanita mengalami alahan sementara antara 3 minggu hingga 6 bulan kandungan. Masalah keletihan, tidak selesa, tidak bertenaga amat memberi kesan kepada self well being. 
Penat kot bila makanan yang masuk tak sempat dihadam akan dimuntahkan semula. Makan masa mengandung hanyalah cukupkan syarat sahaja. Percaya atau tidak, semasa mengandung anak kedua saya hanya mengamalkan Qaseh Adinda sahaja. Asid Folic yang dibekalkan oleh doktor jarang saya sentuh kerana pasti akan rasa mual. Namun bagi ibu-ibu yang boleh mengambil asid folik tu teruskan je lah. Keadaan setiap orang berbeza.
Asid folik yang diberi doktor juga selang masuk dan tidak. Kerana itu saya mengamalkan Qaseh Adinda. Masalah keletihan, hemoglobin rendah dapat diatasi. Kandungan asid folik dalam Qaseh Adinda membekalkan membantu perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan.
Namun, malangnya ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum mengandung. Jadi, bagi sesiapa yang hendak mengandung tu, preparation mengambil asid folik 3 bulan awal adalah perlu.
  • Qaseh Gold Adinda yang diperkaya dengan makanan-makanan sunnah seperti Kurma dan Delima memenuhi bekalan asid folik yang diperlukan ibu mengandung setiap hari.
  • Zat Besi sangat penting untuk wanita mengandung. Kekurangan zat besi menyebabkan paras Hemoglobin menjadi rendah (kekurangan sel darah merah) atau dikenali sebagai Anemia. Qaseh Gold Adinda sangat kaya dengan unsur zat besi.
  • Qaseh Gold Adinda membekalkan prebiotic (makanan kepada probiotik) semulajadi dari Gam Arab.
  • Qaseh Gold Adinda Juga mengandungi 'potassium' yang dapat mengelakkan kekejangan kaki yang dihadapi oleh ibu mengandung.

Tahukan anda Khasiat QASEH GOLD ADINDA – Formulasi Makannah adalah supliment terbaik Untuk Ibu Mengandung:
✔ Membantu menguatkan sistem PERTAHANAN badan (sistem imun).
✔ Membantu mengurangkan 'Morning Sickness' (alahan ibu mengandung).
✔Membekalkan TENAGA yang berpanjangan.
✔Merangsang penghasilan SUSU IBU yang banyak sejak dari mengandung.
✔Melawaskan masalah PEMBUANGAN yang dialami wanita mengandung
✔ Membantu TUMBESARAN otak bayi dalam kandungan.




Gambar diambil 2 jam selepas melahirkan. Saya sempat mengambil 5 sudu Qaseh Adinda sebelum dihantar ke bilik bersalin. Alhamdulillah, sehingga petang saya dapat melayan sanak saudara yang melawat saya dan Umar di hospital.

Untuk membuat pesanan Pakej Penyusuan (Qaseh Adinda + Sole)
klik link di bawah. Untuk pertanyaan boleh whatsapp saya. Kita boleh sembang-sembang ;)

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com

Monday 9 November 2015

Entri #29 Jadual Pengepaman Susu Badan

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca budiman semua mengenai tips pengepaman susu bagi ibu yang bekerja. Ya lah, ibu tidak bekerja boleh direct nursing. Menjadi kerisauan ibu-ibu apabila waktu tamat pantang hampir tamat dan risau stok susu cukup atau tidak untuk si manja. Betul tak?

Alhamdulillah, sekarang telah ramai ibu-ibu muda mulai ada kesedaran mengenai kepentingan penyusuan susu ibu. Kebanyakkan artikel mengesyorkan ibu-ibu memulakan sesi pengepaman untuk membuat stok pada 2 minggu terakhir. Melalui pengalaman saya. Saya membuat jadual seperti yang disyorkan oleh kumpulan sokongan penyusuan. Latihan menggunakan susu melalui botol juga ada caranya.

Jadual dan Tips Pengepaman sewaktu Berpantang

1. Sesi pengepaman bermula minggu kedua selepas bersalin. Anak menyusu 2-3 jam sekali. Saya
    mengepam sama ada selepas atau sebelum menyusukan anak.

2. Pastikan ibu menyusukan dan mengepam susu dengan secara bergilir. Sekiranya ibu menyusukan
    menggunakan peyudara sebelah kanan. Selesai penyusuan, pam payudara sebelah kiri.

3. Ibu-Ibu boleh juga menggunakan teknik tandem nursing. Menyusukan bayi dan mengepam susu
    secara serentak.

4. Pastikan setiap stok ditulis tarikh perah dan tarikh akhir.


Tips Pengepaman Ibu Bekerja

1. Konsistensi mengepam 3 jam sekali.
    Contoh : Jam 6 pagi, 9 pagi, 12 tengahari, 3 petang, 6 petang, 9 malam, 12 tengah malam, 3 pagi.
    Kerapkan juga penyusuan secara 'direct' kepada anak di waktu malam. Waktu tengah malam
    hingga subuh hormon prolaktin, sangat aktif ketika ini. Ia akan menggalakkan pengeluaran susu
 
2. Bawa cooler bag bersama ice box secukupnya. Ia amat penting untuk ibu-ibu yang di tempat    
    kerjanya tiada peti ais.

3. Ibu-ibu perlu mengambil kira sekiranya perlu bekerja di luar dalam jangka masa yang lama.
    Pengalaman saya dahulu. Saya menggunakan pam Medela Freestyle (mobile) agar saya boleh
    mengepam semasa memandu  selain dari menjimatkan masa.

 Gambar sewaktu dalam perbincangan. Tengah mengepam ni hehe.
Gambar ini juga diambil oleh Kaunselor Penyusuan dari USM sebagai bahan dalam presentationnya
"Penyusuan di kalangan Ibu Bekerjaya"

Pam medela freestyle dan Qaseh Adinda yang banyak berjasa


Ini hasil stok sebulan semasa berpantang anak kedua untuk diberi kepada amak susuan saya.

Selamat Maju Jaya ibu-ibu semua

=====================================================================

Untuk membuat pesanan Pakej Penyusuan (Qaseh Adinda + Sole)
klik link di bawah. Untuk pertanyaan boleh whatsapp saya. Kita boleh sembang-sembang ;)

E-Shoppe Qaseh Gold Bangi
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com

Entri #28 Bagaimana Qaseh SOLE membantu pesakit Ekzema

Assalamualaikum w.b.t.

Ekzema ialah sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan bersisik. Kesan penyakit ini pada kanak-kanak dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala. Hati ibu bapa mana yang tidak kasihan melihat anak tergaru-garu.

Mereka yang menghidapi penyakit ini perlu menjaga dan dijaga sebaiknya. Radang ekzema akan menyebabkan iritasi kulit yang berpunca dari bahan kimia dari sabun, pencuci, syampu dan sebagainya.


Fakta mengenai Eczema :
-   Eczema tidak berjangkit
-   Eczema merupakan penyakit keturunan.  Sekiranya dalam sejarah keluarga ada yang mengidap resdung , ashma atau alergik, kebarangkalian untuk mendapat penyakit ini adalah tinggi
-   Pesakit Eczema sensitif pada cuaca, alahan terhadap makanan atau ubat-ubatan tertentu
-   Eczema tidak boleh dirawat sepenuhnya (menurut Doc Sulaiman) kerana ia hanya akan berhenti
    apabila anak berusia 5-7 tahun.  Ia hanya boleh dikawal supaya tidak merebak dan supaya tidak serius.
-   Eczema akan menyebabkan kulit menjadi sangat gatal

Pantang-larang yang perlu dipatuhi bagi mengawal penyakit eczema ialah :
-   Terus sapu ubat sekiranya anak anda digigit serangga atau gatal-gatal – bukan sebarang ubat ye.  Ubat yang sesuai dengan kulit baby dan dipreskripsikan oleh doc.
-   Jangan biarkan anak menggaru di kawasan yang gatal.  Sekiranya perlu, pakaikan sarung tangan pada bayi anda.
-   Jangan mandikan bayi dengan sebarang sabun walaupun sabun mandian bayi kerana ia hanya akan mengeringkan kulit bayi anda.  Sabun gamat tidak sesuai kerana ia berasaskan bahan laut.
-   Jaga pemakanan.  Jika menyusu badan, ibu perlu berpantang makanan laut seperti ketam, sotong dan udang


Amalan Qaseh Sole melegakan radang Ekzema

Saya mempunyai pelanggan yang mempunyai anak menghidap ekzema. Jika dilihat dari gambar yang dihantar memang rasa mahu menangis melihat anak ini menahan sakit dan gatal. Selepas 2 hari spray luka dengan air bancuhan sole serta menyapu 6 in 1 treatment gel, alhamdulillah luka bernanah telah kering.





Cara Penggunaan Qaseh Sole:

Bancuh 5ml Qaseh Sole dengan 1.5 liter air. Spray selepas mandi  dan setiap 6 jam. Biarkan kering kemudian sapukan 6 in 1 Treatment Gel.




+

=
Alhamdullillah kulit anakanda Pn. Hidayah dari Johor telahpun kering


______________________________________________________________________________

Untuk membuat pesanan produk Ana Edar klik link di bawah

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)


Friday 6 November 2015

Entri #27 Shopping Bunga

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum,

Jika sebut shopping mungkin pembaca semua ingat saya kaki shopping baju di pusat membeli belah. Sebenarnya sejak 3 bulan kebelakangan ini saya amat teruja untuk menghiasi laman saya. Jadi, tempat shopping saya saya maksudkan adalah di nursery hehe. Walau tangan saya sebenarnya agak panas tetapi sejak akhir-akhir ini nampaknya macam sejuk pulak.

Oleh kerana saya baharu lagi dalam bidang bunga-bungaan tetapi rasa hati teringin. Jadi saya memilih bunga yang tidak cerewet penjagaannya. Di bawah adalah hasil bunga-bungaan tangkapan semalam. Jauh saya shopping kerana sekarang berada di kampung dan harganya amat murah. Esok nak bawak balik ke Bangi.

 Vinca yang ada macam-macam warna

 Bunga Ros Siam - Boleh 'direct sun'


Daisy - Ini bukan Daisy Cameron

 Bunga 3 bulan

 Ini juga ros siam yang boleh direct sun


Seronok hati tengok warna-warni bunga. Semoga kekal segar. 
Ada yang mempunyai minat yang sama dengan saya?
Boleh berkongsi pendapat. 


====================================================================


Ready stok Qaseh Premier untuk kesihatan optimum pada usia 40 tahun ke atas. Hadiahkan kepada ibu bapa, nenek atuk tersayang. In shaa Allah dapat melegakan sengal-sengal badan, sakit lutut, menguatkan tulang.

Membantu mereka yang mempunyai darah tinggi dan kencing manis,

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pencarian pengedar masih lagi dibuka:
Untuk membuat pesanan klik link di bawah

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)