Tuesday 3 November 2015

Entri #23 Kepentingan Senarai Semak dalam Pelaksanaan Acara

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, hari ini kesihatan mak semakin baik. Dah seminggu mak demam. Jadi, kali ni balik kampung agak sibuk sikit. Moga kesihatannya bertambah pulih seperti sediakala. Mak jarang sakit jadi bila mak jatuh sakit dan lama pula tu maka dah tentu gelabah ayam juga.

Cerita tertangguh minggu lepas adalah saya mendapat offer dari sahabat untuk buka booth di Karnival Kembar Havoc D' Melaka. Dah tengok iklan hebahannya di blog saya? Ada terletak di bahagian page kat atas. So, jom kita beramai-ramai memeriahkan karnival tersebut.

So seperti biasa, rutin di rumah kampung sama sahaja di rumah sendiri di Bangi. Bangun pagi, gosok gosok gigi, bikin 'laundry' dan macam-macam lagi. Apa yang penting dari semalam sememangnya saya telah merancang hari ini untuk membuat senarai semak persediaan membuka booth. Bukan main tangkap muat sahaja ya? 

Senarai semak amat penting. Even dalam waktu bekerja dahulu saya dilatih untuk membuat senarai semak setiap hari sebelum memulakan tugasan. 

1. Duduk
2. Rancang
3. Tulis

Begitu juga sejak menjadi surirumah dan rakan niaga Qaseh Gold. Saya perlu buat senarai semak. Apa sahaja yang kita buat perlu punya perancangan. Senarai semak amat penting untuk kita menjayakan sesuatu perancangan yang kita lakukan dengan teliti. Barulah perancangan kita akan berjalan lancar dan sistematik. Begitu juga apabila kita nak laksanakan apa jua majlis. Senarai semak perlu ada supaya kita tidak tertinggal perincian yang penting.

Bayangkan kita ingin buat kelas praktikal yang menggunakan projektor. Kita rasa kita punya ingatan yang kuat dan tidak perlu catitan. Apabila tiba harinya projektor terlupa untuk di bawa. Bukan kah itu akan mengundang masalah dan akan membuatkan acara kita gagal. Ya! Gagal dari segi perlaksanaan. Sudah tentu kita tidak mahu peserta atau pelanggan kita menskalakan kita 1 daripada 5. Betul kan?

Biasanya Skala Kepuasan Hati Pelanggan akan diskala 

1. Gagal
2. Tidak Puas Hati
3. Sederhana
4. Baik
5 Amat Baik

Di bawah saya sertakan contoh senarai semak yang saya sediakan dan boleh dijadikan rujukan mereka yang ingin membuat senarai semak terperinci agar kita menjadi manusia tersusun dan teratur. Senarai semak ini juga memudahkan pemantauan kita untuk memeriksa apakah tindakan yang sudah belum dilaksanakan. Sebaiknya kita tandakan tindakan yang sudah dilaksanakan dan apa yang lebih baik lengkapkan senarai semak kita dengan tarikh perlu siap atau 'due date' 

'Due Date' amat penting supaaya kita dapat merancang tugasan kita disiapkan pada masa yang ditetapkan dan tidak menjadi perkara 'last minute' yang memungkinkan perancangan kita menjadi kelam kabut. Senarai semak ini masih lagi perlu ada penambahan. Kena 'update' dan fikirkan apa yang perlu ditambah mengikut kesesuaian. Selamat membuat senarai semak ya ;)






No comments:

Post a Comment