Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Monday, 21 December 2015

Entri #45 Mengatasi Anak Muntah-Muntah dengan Qaseh Junior dan Sole

Entri #45 Qaseh Junior dan Sole untuk Anak Muntah-Muntah 
Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Cerita Malam Tadi ~



Mommy dan papa bangun dengan mata panda. Malam tadi Umar yang 1 tahun 9 bulan melepet tak bermaya sebab muntah-muntah. Banyak makan nangka madu kot 😑. Perut kembong. Bancuh air bancuhan sole dan bagi Qaseh Junior ikhtiar untuk tenaga dan gantikan mineral yang hilang dalam badan. Alhamdulillah pagi ni dah cargas!! Kalau tak semalam papa dah nak bawa pergi hospital dah.



Bila anak-anak tidak sihat, muntah-muntah maka selera makannya tentulah ke laut. Perutnya pasti kosong jadi saya bagi minum qaseh junior. Di dalam junior punya kurma yang dapat mengembalikan tenaga yang hilang. Apatah lagi dengan muntah-muntah maka badan memerlukan air dan mineral yang cukup untuk mengelakkan dari dehidrasi. Sole yang mengandungi 84 mineral dapat melengkapkan mineral yang hilang dalam badan. Madu di dalam junior berfungsi untuk menghentikan aktiviti bakteria seperti juga buah tiin yang bermanfaat untuk menyembuhkan sakit badan.






Dapatkan dari E-Shoppe Qaseh Gold Bangi
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

Monday, 30 November 2015

Entri #41 Outstation cum Bercuti Ke Cameron Highlands

Teks: Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

2-3 hari ini saya menemani en.suami outstation ke Ipoh, Perak. Begitu selalunya apabila suami mengajak menemaninya. Bagi saya inilah percutian kami. Selaku saudagar dari rumah yang mempunyai suami yang mempunyai pekerjaan yang hectic inilah percutian kami. 

Jika ada kelapangan kami akan teruskan membuat percutian mengejut. Seperti baru-baru ini. Dalam perjalanan balik dari Ipoh suami terus memberikan pandangan untuk kami sekeluarga bercuti ke Cameron Highlands. Kami suami isteri pun sebenarnya tidak suka merancang percutian kerana selalunya percutian yang dirancang tidak menjadi. 

Oleh kerana kami selalu ke Cameron Highland jadi percutian 'adhoc' kami tidaklah sesukar mana. Kami telah mengetahui di mana hotel murah even homestay yang selalu kami duduki, kami tahu di mana tempat yang sesuai untuk kami sekeluarga makan. Maklumlah makanan di 'atas' sememangnya agak mahal tetapi jika pandai mencari ia kita akan dapat makan dengan harga yang berpatutan. Kami juga tahu di mana untuk mendapatkan sayuran yang murah pada waktu kemuncak cuti sekolah. Carilah Kedai Mak Yam di hentian bas di Tanah Rata, di situ adalah kedai makan yang sedap dan juga harga berpatutan.



Baru nak mendaki ke Anjung Boh

Bersantap di Anjung Boh pulak. Padahal baru je mentedarah kat hotel :)

Layan si kecik yang tak pernah naik Cameron Highlands

Dia ni mmg suka bergambar

The whole family..abaikan si kecik yang teruja pada pokok dibelakang






Monday, 23 November 2015

Entri #39 Pengurusan Pendapatan Bonus Ana Edar

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Zalina Zulkifli (Leader Nurqaseh Network)

Sudah 3 tahun saya bersama keluarga Qaseh Gold. Dan sepanjang itu juga saya mendapat untung runcit + bonus setiap bulan. Ya bonus setiap bulan. Ia bergantung dengan usaha kita. Kita buat kitalah yang dapat apa yang kita usahakan.

Rakan niaga tahu bahawa bonus Ana Edar diberi secara bulanan. Siapa tak suka kan? Alhamdulillah sepanjang saya di bawah Ana Edar belum pernah lagi stok saya terperuk tanpa dijual. Kenalah usaha supaya mendatangkan hasil. Untung runcit lagi + bonus lagi.

Cek yang dapat boleh buat macam-macam mengikut keperluan masing-masing. Ada yang buat simpanan wang, ada yang buat simpanan emas, ada yang bayar insuran, ada yang buat simpanan pendidikan, ada yang buat bayar roadtax, simpanan untuk menunaikan umrah dan haji dan boleh buat modal pusingan. Ya, dengan cek Qaseh ni juga boleh restock Qaseh semula tau. Lagi berganda duit yang masuk.

Ada yang masih belum boleh buat simpanan tapi masih mampu cover perbelanjaan harian. Ha kan, lega dah satu perkara di situ. Kerana apa kita berbisnes sekecil mana pun bisnes kita tentu ada keperluan yang ingin kita sempurnakan. Dan dari sekecil itu kita berdikit dan berusaha untuk menjadi berjaya dan kaya seterusnya membuka peluang kepada orang lain mengikut jejak langkah kita.

Kalau dahulu kita menyumbang sadaqah sekecil RM5 mungkin selepas ini boleh bertambah menjadi RM50 seterusnya RM500 dan mungkin juga RM500K. Baca dan hadam buku Mudahnya Mencari Rezeki. Bukankah itu bermanfaat dan menambah saham akhirah kita? Sebagai seorang Muslim letakkan sadaqah sebagai suatu perkara wajib dalam urusan bisnes kita. Pendapatan kita akan lebih barakah dan jalan untuk murah rezeki itu lebih meluas.




Sunday, 22 November 2015

Entri #38 Khidmat Bimbingan dan Latihan Berniaga Qaseh Gold

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t. 

3 hari tiada update kerana menguruskan beberapa perkara yang belum diselesaikan untuk booth di Melaka. Dan yang terbaru saya mendapat jemputan untuk melibatkan diri untuk booth di SME Corp 4 hari sebelum bermulanya event di Melaka. It's a good start ha ;).

Kenapa baru bermula? Saya ingin keluar dari kepompong. Sebelum ini pergerakan terhad dan terbatas. Apabila anak-anak sedikit membesar ia memudahkan saya meneruskan misi untuk mencari sesuatu yang lebih bermakna. Iaitu mencari nilai tambah dalam kehidupan saya. 

Apabila baru bermula seharusnya saya mencari ilmu tambahan. Jadi, Jumaat lepas saya ke Sungai Buloh untuk bersama-sama dengan leader Puan Zalina Zulkifli dari NurQaseh Network untuk menambah ilmu. Berbincang, bersembang santai sahaja. Alhamdulillah, memandu dari Bangi ke Sg Buloh mencabar dengan 2 hero berusia 3 dan setahun lebih. Duduk tak diam, jalan pula banyak di tutup, maklumlah Presiden Amerika datang kan huhu.. Kami tiba ke destinasi dengan selamat walau lewat 1/2 jam. 

Untuk berbisnes, kita perlu ada ILMU BERNIAGA
Perlu tahu kenapa kita berbisnes. Takkan suka suka kan. Tentu kita ada matlamat berbisnes. Mahu langsaikan HUTANG, mahu menjadi KAYA, mahu MENCAPAI TARAF HIDUP TERBAIK untuk keluarga kita.

Bagaimana kita mahu menjual produk kita?
Bagaimana pengetahuan produk kita?
Bagaimana kita mahu mengetahui pengetahuan produk jualan kita?
Siapa sasaran pembeli kita?
Bagaimana untuk close deal dengan pelanggan kita?
Bagaimana untuk kita tingkatkan jualan kita?
Apakah strategi pemasaran yang perlu kita gunakan?
Bagaimana hendak uruskan akaun?
dan banyak lagi yang perlu kita cungkil..

HQ Ana Edar banyak memberikan peluang untuk rakan niaga dan stokis meningkatkan pengetahuan berniaga dari masa ke semasa. Bermula dari pengetahuan produk Sunnah Food Workshop yang memberikan input kandungan produk secara terperinci, NLP Sales Power,  Pelan Pemasaran dan sebagainya. Ia diatur sebaiknya untuk membantu surirumah khususnya atau mereka yang bekerja secara amnya untuk membuat pendapatan sampingan.

Apabila kita mahu berniaga, kita juga perlu mencari waktu untuk mencari ilmu. Ingat ya..ilmu tidak datang bergolek. Justeru, pengorbanan itu perlu untuk berjaya. Buka mata dan lihat disekeliling kita berapa ramai yang dahagakan ilmu perniagaan. Sanggup ke kelas, seminar, kursus berbayar kerana inginkan meningkatkan nilai tambah dalam diri. Ada yang memandu dari jauh tetapi kerana sebab pulangannya begitu 'mahal' dan mereka sanggup.

Kita punya pilihan, berada di aras yang sama atau kita melangkah untuk menjadi lebih baik dari sekarang. Jom berjaya bersama-sama. 

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Pendaftaran untuk menjadi rakaniaga Qaseh masih dibuka
Promsi Pakej Ekonomi Pakej Terendah
Anda akan dibimbing secara online dan offline


SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.comFacebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar

Tuesday, 17 November 2015

Entri #37 Kreativiti Perlu Untuk Promosi (Pemasaran) Produk

Teks : Nur Hasliza Hamar
Video : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini saya ingin berkongs berkenaan dengan promosi. Jika kita berniaga, sudah tentu kita mahukan produk jualan kita dijual. Untuk menjual kita perlukan medium untuk produk kita dikenali. Ramai yang sedar antara medium promosi sekarang adalah media sosial seperti facebook, instagram, tweeter. Tak kurang juga masih menggunakan medium tradisional untuk membuat promosi seperti flyers / borchure dan sebagainya.

Hari ini saya ingin berkongsi pengetahuan baru yang saya baru belajar. Saya memang suka godek-godek window surface saya ni. Tengok jika ada aplikasi yang boleh saya gunakan. Jadi semalam saya teringat 1 perkara. Perasan tak sekarang ni iklan-iklan kempen menggunakan konsep lukisan. Menarik bukan. Mula-mula keluar dulu tak silap saya mengenai GST. Aish jangan marah- jangan marah. Bukan nak cerita tentang GST. Saya nak cerita tentang aplikasi tersebut.

Menggodeklah saya. Susahnya nak mencari kata kunci sebab tidak tahu apa sebenarnya nama aplikasi tersebut. Godek punya godek saya terjumpa 1 aplikasi Video Scribe - Sparkol. Saya percaya ada lagi aplikasi yang lain. Saya cuba dahulu Video Scribe ini dan cadangnya untuk saya gunakan di karnival yang saya join di Melaka nanti. Video Scribe ini sesuai untuk membuat aktiviti promosi kita jadi menarik. Siapa yang suka baca flyers yang ditulis panjang berjela? Tapi jika kita lakukan secara interaktif, ia akan menarik ramai orang. 

Apa kelebihan video interaktif?

  • Menarik minat orang untuk melihat
  • Memberi kefahaman dengan lebih jelas dengan masa yang singkat
  • Tidak membosankan

Jika anda membuka booth, apakah media promosi pilihan anda. Ini dipanggil promosi offline. Sudah tentu anda akan membawa flyers, bunting, banner. Pilihan yang lain yang anda boleh sediakan adalah sediakan alatan media elektronik seperti video montaj, video promosi interaktif seperti video scribe.

Anda boleh lihat video scribe yang saya buat seharian semalam (trial untuk 7 hari sahaja) lepas ni kenalah sewa ikut bulanan. Ya seharian sebab first time kan. Jika dah biasa dan dah ada mapping lagi mudah dan cepat. Tapi sebab semalam saya teruja nak buat, semalam saya download, install, buat story board dan proses penyusunan dan pencarian bahan.

Saya rasa amat senang kerana kita hanya perlu buat jalan cerita, online whiteboard ni ibarat storyboard. Jika diluar kita tampal-tampal storyboard kita tapi bila gunakan scribe kita cuma perlu taip cari watak yang sesuai untuk diletakkan dalam online whiteboard kita tu.

Kita boleh menulis, pilih dan masukkan watak, susun mengikut storyboard yang dikehendaki untuk dijadikan cerita kita. Cerita apa? Cerita mengenai produk kita. Saya menceritakan kenapa orang ramai perlu pilih Qaseh Gold untuk memangkin kesihatan mereka.

Okay, kerana ianya trial saya tak boleh nak upload cuma boleh save dalam power point saja. Jadi saya hanya boleh print screen saja.

Tapi anda boleh godek-godek di http://www.videoscribe.co/ 





Rasa ralat teramat sebab tak boleh nak upload video penuh. By the way, selamat mencuba ;)


_________________________________________________________________________

Mahu Gojes tanpa proses pengelupasan?




Trial set RM45 sahaja
Full pack RM140

*Ibu mengandung dan merancang untuk mengandung tidak disyorkan mengambil produk ini

Untuk pertanyaan boleh whatsapp saya. Kita boleh sembang-sembang ;)

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)

Thursday, 12 November 2015

Entri #31 Urusan Kunci Rumah Baru dan Persiapan Free Market

Assalamualaikum,

Berhari tak update blog. Saya sebenarnya agak sibuk dengan beberapa urusan minggu ini. Pertamanya urusan mengambil kunci rumah baru. Alhamdulillah. Kunci rumah yang tertangguh selama 2 tahun. Tak pe lah..malas nak cerita yang lepas. Kunci sudah berada di tangan syukur Alhamdulillah. Lokasi di belakang Subang Airport sahaja. In shaa Allah rumah untuk investment. Ada yang berniat untuk menyewa boleh hubungi saya ;) 

Urusan kedua adalah mengumpulkan barangan untuk disumbangkan di Free Market Bandar Seri Putra Ahad / 15 November 2015 ini. Free Market ini berkonsepkan ambil barangan sekadar perlu secara percuma. Mungkin konsep ini baru lagi dalam masyarakat kita tetapi tidak diluar negara.

Barangan yang diperlukan adalah seperti. VIP Jemputan adalah dari kalangan Ibu Tunggal dan Anak-anak Yatim.

1. Pakaian
2. Barang elektrik
3. Pinggan mangkuk
4. Keperluan bayi

Sekiranya anda yang berada di sekitar Bangi, Kajang, Semenyih mempunyai barangan yang ingin disumbangkan seperti di atas. Boleh berhubung dengan saya secara terus melalui talian 016-412 6479 - Nur Hasliza Hamar.

Friday, 6 November 2015

Entri #27 Shopping Bunga

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Assalamualaikum,

Jika sebut shopping mungkin pembaca semua ingat saya kaki shopping baju di pusat membeli belah. Sebenarnya sejak 3 bulan kebelakangan ini saya amat teruja untuk menghiasi laman saya. Jadi, tempat shopping saya saya maksudkan adalah di nursery hehe. Walau tangan saya sebenarnya agak panas tetapi sejak akhir-akhir ini nampaknya macam sejuk pulak.

Oleh kerana saya baharu lagi dalam bidang bunga-bungaan tetapi rasa hati teringin. Jadi saya memilih bunga yang tidak cerewet penjagaannya. Di bawah adalah hasil bunga-bungaan tangkapan semalam. Jauh saya shopping kerana sekarang berada di kampung dan harganya amat murah. Esok nak bawak balik ke Bangi.

 Vinca yang ada macam-macam warna

 Bunga Ros Siam - Boleh 'direct sun'


Daisy - Ini bukan Daisy Cameron

 Bunga 3 bulan

 Ini juga ros siam yang boleh direct sun


Seronok hati tengok warna-warni bunga. Semoga kekal segar. 
Ada yang mempunyai minat yang sama dengan saya?
Boleh berkongsi pendapat. 


====================================================================


Ready stok Qaseh Premier untuk kesihatan optimum pada usia 40 tahun ke atas. Hadiahkan kepada ibu bapa, nenek atuk tersayang. In shaa Allah dapat melegakan sengal-sengal badan, sakit lutut, menguatkan tulang.

Membantu mereka yang mempunyai darah tinggi dan kencing manis,

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pencarian pengedar masih lagi dibuka:
Untuk membuat pesanan klik link di bawah

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)


Wednesday, 4 November 2015

Entri #24 Aktiviti Berbekam - Ibu

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Google

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini berjumpa lagi. Semalam saya hanya melayan mak yang mengadu sengal badan kerana angin. Angin dalam badan memang akan bagi banyak masalah. Masalah kerja tertangguh. Kalau di pejabat sudah tentu mengganggu tugasan.

Jadi, bila mak saya mengadu saya terus buka kotak alatan bekam saya dan cakap pada mak saya nak rposes badannya.Oh ya, saya tak buat perkhidmatan berbekam ya. Nanti ada yang call saya nak berbekam haha. Mak kata okay, saya pun mulakan proses berbekam.  Sebenarnya kita disunnahkan untuk berbekam untuk mengeluarkan segala darah kotor dan toksik dalam badan.

Saya hanya buat bekam angin kerana saya tidak pandai buat proses berbekam darah dan 1 lagi mak saya takut hehe. Saya membuat aktiviti berbekam sekali seminggu. Kalau ada alatan, dirumah saja boleh buat. Saya buat pada suami dan suami akan buat pada saya. Kalau buat kat luar kena keluar duit lagi kan. Padahal aktiviti berbekam ini bukanlah susah melainkan perlu kemahiran untuk aktiviti berbekam darah.

 Bekam Angin. Saya tak letaklah gambar ibu saya berbekam. Aurat hehe

Saya mula suka berbekam ketika waktu saya bekerja. Selepas mendapat testimoni dari bos dan rakan sekerja yang pernah buat aktiviti berbekam. Katanya badan jadi ringan. Pertama kali saya mencuba adalah sewaktu saya mengalami sakit kepala berlarutan selama 5 hari berturut. Badan rasa lemah kerana tak cukup tidur.

Makan panadol tak berkesan. Hari Jumaat, waktu rehat adalah lebih panjang jadi saya membuat temujanji di sebuah pusat kesihatan untuk buat proses bekam. Agak gerun jugaklah. Bila kata nak buat bekam darah, alatan yang digunakan adalah pisau blade. Ada juga pusat kesihatan yang menggunakan jarum seperti di mesin glucometer untuk pemeriksaan gula dalam darah. Selepas tidur beberapa jam bila bangun, masya Allah, sakit kepala, sengal badan hilang. Memang berkesan! Badan pun rasa ringan dan hilang rasa tekanan.

Bekam angin adalah untuk membuang angin dalam badan. Jika kita berbekam angin senang saja nak tengok. Jika cup itu berwap maka memang ada angin dalam badan. Bekam darah pula adalah untuk mengeluarkan darah kotor dan toksik dalam badan.  Kerana itu kita digalakkan untuk berbekam sebulan sekali. Darah yang ditarik oleh cup bekam akan berbentuk jeli. 

Jika risau tentang hygeniic. Biasanya untuk bekam darah mereka akan guna pakai buang. Maksudnya merekan tidak akan recycle cup tersebut. Sebelum memulakan rawatan di pusat rawatan berbekam, tanyalah apa saja yang anda ingin tahu sebelum memulakan rawatan ya. Supaya anda tahu tentang proses dan cara perkhidmatan mereka.

 Alatan Berbekam

Perbezaan aktiviti Bekam Badan dan Derma Darah

Nak cuba? Cubalah. In sha Allah anda takkan menyesal. Carilah Pusat Akubekam yang mahir seperti Pusat Akubekam. Ada juga spa yang membuat perkhidmatan ini. Dapatkan testimoni terlebih dahulu. Barulah konfiden kan.

Monday, 2 November 2015

Entri #22 Sahabatku dan Anak Susuanku

Assalamualaikum w.b.t.

Berjumpa lagi dalam entri seterusnya. Terima kasih kerana masih follow blog saya. Hari ini saya update blog dari kampong. Bila mendapat panggilan mak tidak sihat, rasa berdebar. Oleh kerana saya adik beradik yang tidak bekerja, memohon izin suami untuk menghantar saya ke kampung menjaga mak sehingga mak sihat semula.
 
Alhamdulillah 2 hari di kampung mak yang tidak berdaya bangun akibat demam dan tidak lalu makan mula bergerak. Ayah kata mak tak lalu makan dah berhari. Alhamdulillah, mak tiada penyakit lain. Demam rindukan cucu agaknya. Begitulah agaknya kita bila dah semakin meningkat usia nanti.
 

Hari ini saya mendapat panggilan dari sahabat sepermainan masa kecil yang juga pernah menjadi jiran sebelah rumah. Memang setiap kali saya balik ke kampung sahabat saya ini rajin menjenguk kami dengan 3 lagi anak-anaknya. Dan yang paling gembira bila bertemu dengan anak kami. hehehe. Ya, saya ibu susuan kepada anaknya. Bonding antara kami lebih dari sahabat. Orang kata sepusat sepusing mak lain ayah asing. Sekarang anaknya telah menjadi anak saya. Anak susuan saya bernama Mukmin.
 
Alhamdulillah, mungkin antara lain saya tidak mengabaikan tips penyusuan serta sokongan Qaseh Adinda dan SOLE. Stok susu Umar dimanfaatkan kepada Mukmin yang ketika itu ibunya ada masalah penyusuan yang memerlukan ibunya mengambil antibiotik. Jadi, setelah mendapat keizinan suami, saya teruskan niat untuk memberikan kepada anak sahabat saya Erin.
 
Mukmin juga pada mulanya kelihatan kecil sahaja. Sahabat saya bimbang berat anaknya tidak naik. Menolak untuk memberikan susu formula, dia mengambil inisiatif menghubungi saya dan minta bantuan saya. Sepertinya dalam susunya ada jangkitan. Jadi beliau termaksa mengambil antibiotik dalam jangka masa yang lama. Saya tidak sampai hati, melihatkan Mukmin masih terlalu kecil.
 
Alhamdulillah, tiada masalah besar mendidik Mukmin menggunakan botol dengan susu saya kata sahabat saya. Berat badannya kian bertambah. Badannya semakin sihat. Alhamdulillah, khasiat dalam kandungan Qaseh dapat disalurkan kepada Mukmin dengan izin Allah. Selepas menghadapi cabaran tersebut sahabat saya juga mengamalkan qaseh adinda untuk meneruskan penyusuan anaknya yang sekarang ini berusia 1 tahun 4 bulan. Semoga silaturahim kami kekal hingga ke akhirnya. Ameen



Stok susu Umar untuk Mukmin yang tidak digunakan kerana Umar 'direct feeding'
 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Pencarian pengedar masih lagi dibuka:
Untuk membuat pesanan klik link di bawah
 

Borang pesanan :http://nurhaslizahamar.blogspot.my/p/blog-page.html
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com

Saturday, 24 October 2015

Entri #12 Kubur LPT

Teks: Nur Hasliza Hamar

Malam ini blog bersiaran dari Bilik 433, M.S. Garden, Kuantan, Pahang. Adhoc plan dengan ibu dan ayah saudara untuk bercuti bawa anak-anak ke Kuantan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Bertolak dari Bangi dalam jam 11 pagi. Jerebu masih lagi kenampakan seperti asap tebal keputihan menutupi langit.
 
Sepanjang perjalanan berdoa agar perjalanan kami dilindungi Allah dan cuaca mengizinkan untuk kami beristirehat. Walau dalam perjalanan mata tidak lepas melihat kabut jerebu. Khamis lepas di khabarkan cuaca di Kuantan cerah tiada jerebu tetapi hari ini jerebu telah sampai ke Bandar Kuantan. Sedikit hampa.
 
Di awal perjalanan, saya diberi keizinan untuk memandu oleh suami. Masakan saya nak lepaskan peluang. Sudah lama tidak memegang stereng untuk memandu perjalanan jauh. Dalam pada itu, saya teringat tajuk akhbar "LPTII Kubur 72 nyawa". Sedikit risau di hati namun doa dipanjatkan agar perjalanan kami lancar.
 
Di pertengahan jalan ke Kuantan, hujan turun dengan lebatnya. Pegangan stereng diperkuatkan lagi. Apalagi ternampak sebuah kereta dari arah bertentangan baru saja diberi pertolongan oleh trak peronda lebuhraya LPT. Tidak lama perjalanan selepas itu ternampak 2 lagi kenderaan yang baru sahaja terbabas. Jangkaan saya kereta tersebut terbabas akibat luar kawalan.
 
Kereta saya sendiri beberapa kali mahu terbabas akibat melanggar lopak air. Melihat suami dan anak-anak lena beradu sementara sampai tempat dituju, saya semakin berhati-hati. Memang bahaya jalan di LPTII. Jalannya beralun dan apabila hujan tayar kereta mudah saja lari dari kawalan.
 
Kami sekeluarga selamat sampai di Kuantan dan seterusnya meneruskan agenda kami membawa anak-anak beriadah di De Rhu Resort. Anak-anak mana yang tidak sukakan air kan? Seronok betul mereka, bahagia kami melihatnya.
 
 
Beberapa tips yang saya dapat kongsikan di sini
 
Tips memandu di LPTII
 
1. Baca doa naik kenderaan. Jangan dilupakan sama sekali apabila naik kenderaan
 
2.Memandu mengikut kelajuan yang telah ditetapkan. Ikut papan tanda kelajuan dan bukan ikut suka.
 
3. Pegang stereng dengan 2 belah tangan. (Jangan pegang telefon bimbit, minuman, makanan dan sebagainya.
 
4. Jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan rajin-rajinlah perhatikan cermin belakang. (Kereta dari belakang kadang kala sangat laju. Saya risau jika kereta tersebut terbabas dan terkena kereta yang kita naiki.
 
5. Ikut lorong kiri kecuali anda memotong.
 
6 Jika mengantuk berhenti di hentian Rawat dan Rehat. Tidur sebentar
 
 
Semoga selamat dalam perjalanan semuanya. Amiin

Thursday, 22 October 2015

Entri #7 Bila Kifarah Menjelma

Teks: Nur Hasliza Hamar
Foto : Google
 
 
Beberapa hari tidak dapat fokus untuk update blog kerana teleng akibat salah bantal. Bantal pula disalahkan? Kelakar kan. Begitulah al-kisah jika ada anak kecil 'direct feeding' di tengah malam. Bila bangun otot bahu terasa keras. Mahu berpaling terasa kejung. Allahu Akhbar macam mana nak hadapi hero-hero kecilku 2 orang di rumah. Anda pernah merasainya?
 
Apa sebenarnya yang berlaku adalah kesilapan posisi ketika tidur atau alas bantal yang tidak tepat. Bila sudah kena. Sakitnya sendirilah yang tanggung. Baru-baru ini saya terkena sebelah kanan. Nak toleh kiri no problem. Nak pandang kanan, there is a BIG BIG problem. Sakitnya masha-Allah.
 
2 hari menahan sakit dengan kesakitan. Nak toleh kanan..dengan badan-badan sekali kena pusing kanan. Dah macam robot. Bila dipegang otot bahu. Kerasnya terasa. Bagaimana mahu mengatasi masalah kejang otot akibat salah posisi tidur? Bila sakit, ia selalu mengingatkan saya ia menghapus dosa-dosa kecil. Semoga Allah ampuni dosa-dosa saya yang sedar atau tidak sedar saya lakukan. Mengingatkan saya nikmat sihat yang selama ini dirasai. Syukur.
 
Kata orang dahulu 'pukul bantal yang kita tidur ke bahu yang sakit'. Apa tujuannya? Wallahu a'lam. Ada yang kata boleh legakan sakit. Macam-macam petua. Apa yang saya buat baru ini hanynalah pergi mengurut. Sebenarnya itu adalah pilihan kedua. Pilihan pertama saya sebenarnya untuk pergi berbekam tetapi ada halangan. Suami ajak balik ke kampungnya ke Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk melihat bapa saudara yang selesai pembedahan. Jadi, hanya mencari tempat urut di kampung. Next entri saya akan ceritakan pengalaman saya berbekam pula.
 
Hari pertama terkena sakit tengkuk amat mencabar. Dengan anak-anak Qaseh saya yang jenis tidak duduk diam. Hanya dapat menemani mereka sambil memantau mereka bermain di dalam bilik mainan, melukis, bermain sesama sendiri. Hanya membuat kerja rutin membasuh baju sahaja. Kuali dan periuk digantung saja pada hari itu.
 
Tips untuk mengatasi masalah sakit leher akibat salah posisi tidur.
 
1. Membuat urutan ringan disekitar leher yang sakit
2. Tuam leher dengan air hangat yang diletakkan di dalam botol supaya senang di pegang
3. Hindarkan dari membuat aktiviti yang memerlukan banyak pergerakan leher
4. Jemur bantal agar bantal menjadi kering dan gebu
5. Ketika mahu tidur, tepuk-tepukkan bantal supaya kapasnya rata supaya leher kita tepat di tempatnya dan selesa.

Semoga sedikit sebanyak tips ini dapat mengelakkan kita dari sakit leher akibat kesilapan posisi semasa kita tidur ya. Sampai jumpa lagi


 

Wednesday, 14 October 2015

Entri #3 Aktiviti di Tahun Baru Maal Hijrah 1437

Teks : Nur Hasliza Hamar
 
Hari ini 'public holiday' bagi yang bekerja sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1437. Cuaca tenang walau masih lagi ada kabut jerebu di sekitar Bandar Baru Bangi. Harapnya cepatlah kabut menghilang. Rindu nak melihat biru di langit. Walau pun begitu tidak menghalang saya untuk setiap pagi saya membelai pokok-pokok dan bunga-bunga di halaman rumah serta kebun kecil di belakang rumah.
 
Syith dan Umar belum bangun jadi waktu inilah yang paling seronok layan diri sendiri. Bila jadi seorang isteri dan ibu maka saya kena pandai mencari masa untuk diri sendiri. Seronok betul tengok bunga Japanese Rose saya berbunga. Hati kita pun berbunga-bunga. Tak sangka betul. Tangan yang sebelum ni tanam pokok tak pernah menjadi. Kata orang tangan panas. Tapi sejak sebulan lepas dah terpengaruh dengan satu group cucuk tanam di facebook. Rasa teruja dan teruskan niat. Alhamdulillah..setakat ni bunga Japanese Rose, Pokok Susun Kelapa, Bendi, Kangkung, Terung di belakang rumah sedang giat membesar. Jadi semalam, bila suami kata nak pergi beli 'groceries' dalam kepala dah keluar semua list barang termasuklah untuk pokok-pokok dan tanaman saya. Waah...seronok nih.
 
Pernah juga dengar cerita beberapa orang. Tanaman tidak menjadi pada usia kita muda tetapi akan lebih menjadi apabila semakin berusia. Terasa tua pulak saya. Mungkin dah semakin sejuk tangan tu yang menjadi agaknya.
 
Bila anak sulung bangun, terus ditanya baju Spiderman baru. Sudah beberapa hari mulutnya meminta baju Spiderman dan papanya pun sudah berjanji, maka perlu ditunaikan. Jadi ini antara lain merupakan asbab untuk kami keluar membeli barang. Saya selalu mengingatkan suami jika tidak boleh tunaikan, cakap elok-elok dan bagitahu mengapa kita tidak boleh berikan apa yang diminta. Anak yang seusia 3 tahun in shaa Allah sudah boleh faham.
 
Terima kasih juga pada suami yang menunaikan keinginan saya yang dah lama nak makan Chicken Rice. Jadi kami ke Putrajaya dahulu untuk makan tengahari sebelum ke Mydin USJ. Semenjak ada anak-anak kecil saya jarang pegang stereng kereta. Bimbang keselamatan anak-anak yang tidak duduk diam di dalam kereta.
 
Alhamdulillah, semua barang yang disenaraikan telah dapat dibeli. Anak-anak juga gembira kerana baju idaman di hadapan mata. Papa dapat beli kasut dan tali pinggang kerja, Barang mommy hanyalah 'groceries'. Itupun dah cukup memadai. Betul kata orang, bila dah jadi isteri dan ibu kita akan dahului keluarga kita saja. Mama kat luar macam mana?