Wednesday 14 October 2015

Entri #3 Aktiviti di Tahun Baru Maal Hijrah 1437

Teks : Nur Hasliza Hamar
 
Hari ini 'public holiday' bagi yang bekerja sempena menyambut Tahun Baru Hijrah 1437. Cuaca tenang walau masih lagi ada kabut jerebu di sekitar Bandar Baru Bangi. Harapnya cepatlah kabut menghilang. Rindu nak melihat biru di langit. Walau pun begitu tidak menghalang saya untuk setiap pagi saya membelai pokok-pokok dan bunga-bunga di halaman rumah serta kebun kecil di belakang rumah.
 
Syith dan Umar belum bangun jadi waktu inilah yang paling seronok layan diri sendiri. Bila jadi seorang isteri dan ibu maka saya kena pandai mencari masa untuk diri sendiri. Seronok betul tengok bunga Japanese Rose saya berbunga. Hati kita pun berbunga-bunga. Tak sangka betul. Tangan yang sebelum ni tanam pokok tak pernah menjadi. Kata orang tangan panas. Tapi sejak sebulan lepas dah terpengaruh dengan satu group cucuk tanam di facebook. Rasa teruja dan teruskan niat. Alhamdulillah..setakat ni bunga Japanese Rose, Pokok Susun Kelapa, Bendi, Kangkung, Terung di belakang rumah sedang giat membesar. Jadi semalam, bila suami kata nak pergi beli 'groceries' dalam kepala dah keluar semua list barang termasuklah untuk pokok-pokok dan tanaman saya. Waah...seronok nih.
 
Pernah juga dengar cerita beberapa orang. Tanaman tidak menjadi pada usia kita muda tetapi akan lebih menjadi apabila semakin berusia. Terasa tua pulak saya. Mungkin dah semakin sejuk tangan tu yang menjadi agaknya.
 
Bila anak sulung bangun, terus ditanya baju Spiderman baru. Sudah beberapa hari mulutnya meminta baju Spiderman dan papanya pun sudah berjanji, maka perlu ditunaikan. Jadi ini antara lain merupakan asbab untuk kami keluar membeli barang. Saya selalu mengingatkan suami jika tidak boleh tunaikan, cakap elok-elok dan bagitahu mengapa kita tidak boleh berikan apa yang diminta. Anak yang seusia 3 tahun in shaa Allah sudah boleh faham.
 
Terima kasih juga pada suami yang menunaikan keinginan saya yang dah lama nak makan Chicken Rice. Jadi kami ke Putrajaya dahulu untuk makan tengahari sebelum ke Mydin USJ. Semenjak ada anak-anak kecil saya jarang pegang stereng kereta. Bimbang keselamatan anak-anak yang tidak duduk diam di dalam kereta.
 
Alhamdulillah, semua barang yang disenaraikan telah dapat dibeli. Anak-anak juga gembira kerana baju idaman di hadapan mata. Papa dapat beli kasut dan tali pinggang kerja, Barang mommy hanyalah 'groceries'. Itupun dah cukup memadai. Betul kata orang, bila dah jadi isteri dan ibu kita akan dahului keluarga kita saja. Mama kat luar macam mana?
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment