Friday 23 October 2015

Entri #11 Pengalaman Bekerja Part 1 - Interview

Pada tahun 2006, Saya tidak sangka saya sempat menerima telegram tradisional sebagai media untuk mengkhabarkan berita gembira saya mendapat sesi temuduga di Institut Perkembangan Minda (INMIND), Badan Pemikir Negeri Selangor.
 
 
Gerun juga ketika itu. Adakah saya akan diterima masuk di dalam badan pemikir yang diterajui oleh nama-nama gah. Banyak hasil penyelidikan, kajian, laporan, wacana, 'brainstorming' dibuat untuk membantu kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu dalam menaiktaraf perkhidmatan dan polisi kerajaan. Saya nekad berusaha untuk berada di situ nanti.
 
Sehari sebelum temuduga saya 'survey' tempat temuduga. Bimbang tersesat dan pelbagai kemungkinan yang saya fikirkan boleh membuatkan saya terlewat untuk hadir ke sesi penting dalam hidup saya.
 
Pengalaman interview sangat mendebarkan. Bermula dengan ujian penulisan tentang bidang jawatan yang diminta, terus ditemuduga oleh 3 orang ketua jabatan. Saat paling mendebarkan tentulah ketika ditemuduga. Di awal temuduga semua calon tidak menjangka soalan keagamaan di ajukan.
 
Ada calon yang diminta untuk mengucap dua kalimah syahadah, ada yang diminta senaraikan secara lisan rukun Islam dan rukun iman, membaca niat puasa, malah ada juga yang diminta menyambung ayat al-Quran seperti saya. Walau ada dalam pengetahuan dan hafazan, debaran kuat dan panik membuat bacaan terputus-putus dan lupa ayat surah al-Qadr. Masya Allah. Walau bagaimanapun, saya tahu adalah ingin memilih calon yang selari pengetahuannya dunia dan akhirat.
 
Bidang yang ditanya lebih dalam adalah dalam bidang penulisan. Saya sebenarnya tidak berapa arif dalam bidang penulisan. Apabila ditanya minat atau tidak sudah tentu saya jawab berminat dalam bidang penulisan dan penerbitan disebabkan mahu mendapat kerja. Memang susah mahu mendapat kerja ketika itu, saya antara rakan-rakan yang terawal mendapat kerja.
 
 Pada masa itu, saya berharap minat menulis itu dapat dipupuk. Saya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengurusan Maklumat sememangnya tidak jauh dengan asas penulisan,  Cuma masih belum benar-benar terlatih. 2 minggu selepas ditemuduga saya dipanggil untuk melapor diri. Alhamdulillah, saya diterima masuk kerja dan lebih gembira apabila gaji yang ditawarkan kepada saya lebih tinggi dari gaji jangkaan yang saya ajukan di dalam resume. Kegembiraan berganda kepada saya dan ibu ayah juga.
 
Di entri lain saya akan ceritakan bagaimana saya menggilap hasil keras tangan saya dalam penulisan dan orang yang bertanggungjawab mendidik saya.
 
 
 
Order Qaseh di bawah
 
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

No comments:

Post a Comment