Wednesday 28 October 2015

Entri #18 Resepi Pahang - Sambal Hitam Wan Kome (Resepi Wakaf)

Teks: Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Ramai yang mula sukakan Sambal Belimbing Buluh atau Sambal Hitam atau Sambal Pahang.Lagi pedas lagi sedap. Original resepi ini datangnya dari Raub, Pahang. Saya juga menjual sambal belimbing hitam ini mengikut permintaan. Jika ada permintaan barulah saya buat. Selalunya orang letak dalam masakan lemak kan? Berbuah banyak di pokok tapi tak tahu nak buat apa. Habis semua jatuh ke Tanah. Tak ke sayang kan...

Ok..saya nak kongsi resepi saya. Alhamdulillah setakat ni ramai yang puas hati. Nak ambil resepi nak jual pun tak apa. Cuma saya pinta doakan yang baik baik sahaja untuk saya dan keluarga ;)

Resepi Sambal Hitam
 
Cili padi - 15 biji
Belimbing rebus 2-3 sudu
Ikan bilis 2 cawan
Bawang putih - 2 ulas
Bawang merah - 4 ulas
 
Cara-caranya :
 
Tumbuk cili padi hingga hancur
Masukkan bilis tumbuk tapi jangan sampai lumat
Masukkan belimbing secukupnya. Boleh imbangkan masin bilis dan rasa masam belimbing serta kepedasannya.
 
Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bawang sehingga agak agak layu terus masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi. Api buka perlahan. Kita tak mahu sambal menjadi garing. Macam mana boleh jadi kehitaman? Masak sehingga ia jadi kehitaman. Ada orang masukkan kicap manis. Ikut sedap rasalah. Saya memang tak letak kicap atau tambah garam. Masin bilis tu bagi saya sudah memadai.
 

 Inilah sambal hitam yang dibuat dari belimbing buluh
500g saya jual RM35
 

 
 

Ini belimbing rebus yang saya dah pack untuk customer. Sekilo RM35
Boleh masak banyak kali. Simpan pun mudah. Letak aje dalam botol Horlicks / Nescafe
 
 
Nak order SAMBAL HITAM WAN KOME?
hubungi nombor 016-412 6479


No comments:

Post a Comment