Saturday 24 October 2015

Entri #12 Kubur LPT

Teks: Nur Hasliza Hamar

Malam ini blog bersiaran dari Bilik 433, M.S. Garden, Kuantan, Pahang. Adhoc plan dengan ibu dan ayah saudara untuk bercuti bawa anak-anak ke Kuantan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Bertolak dari Bangi dalam jam 11 pagi. Jerebu masih lagi kenampakan seperti asap tebal keputihan menutupi langit.
 
Sepanjang perjalanan berdoa agar perjalanan kami dilindungi Allah dan cuaca mengizinkan untuk kami beristirehat. Walau dalam perjalanan mata tidak lepas melihat kabut jerebu. Khamis lepas di khabarkan cuaca di Kuantan cerah tiada jerebu tetapi hari ini jerebu telah sampai ke Bandar Kuantan. Sedikit hampa.
 
Di awal perjalanan, saya diberi keizinan untuk memandu oleh suami. Masakan saya nak lepaskan peluang. Sudah lama tidak memegang stereng untuk memandu perjalanan jauh. Dalam pada itu, saya teringat tajuk akhbar "LPTII Kubur 72 nyawa". Sedikit risau di hati namun doa dipanjatkan agar perjalanan kami lancar.
 
Di pertengahan jalan ke Kuantan, hujan turun dengan lebatnya. Pegangan stereng diperkuatkan lagi. Apalagi ternampak sebuah kereta dari arah bertentangan baru saja diberi pertolongan oleh trak peronda lebuhraya LPT. Tidak lama perjalanan selepas itu ternampak 2 lagi kenderaan yang baru sahaja terbabas. Jangkaan saya kereta tersebut terbabas akibat luar kawalan.
 
Kereta saya sendiri beberapa kali mahu terbabas akibat melanggar lopak air. Melihat suami dan anak-anak lena beradu sementara sampai tempat dituju, saya semakin berhati-hati. Memang bahaya jalan di LPTII. Jalannya beralun dan apabila hujan tayar kereta mudah saja lari dari kawalan.
 
Kami sekeluarga selamat sampai di Kuantan dan seterusnya meneruskan agenda kami membawa anak-anak beriadah di De Rhu Resort. Anak-anak mana yang tidak sukakan air kan? Seronok betul mereka, bahagia kami melihatnya.
 
 
Beberapa tips yang saya dapat kongsikan di sini
 
Tips memandu di LPTII
 
1. Baca doa naik kenderaan. Jangan dilupakan sama sekali apabila naik kenderaan
 
2.Memandu mengikut kelajuan yang telah ditetapkan. Ikut papan tanda kelajuan dan bukan ikut suka.
 
3. Pegang stereng dengan 2 belah tangan. (Jangan pegang telefon bimbit, minuman, makanan dan sebagainya.
 
4. Jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan rajin-rajinlah perhatikan cermin belakang. (Kereta dari belakang kadang kala sangat laju. Saya risau jika kereta tersebut terbabas dan terkena kereta yang kita naiki.
 
5. Ikut lorong kiri kecuali anda memotong.
 
6 Jika mengantuk berhenti di hentian Rawat dan Rehat. Tidur sebentar
 
 
Semoga selamat dalam perjalanan semuanya. Amiin

No comments:

Post a Comment