Monday 19 October 2015

Entri #5 Pengalaman Mengandung, Menyusukan anak dengan sokongan Qaseh Gold Adinda

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar
Assalamualaikum sahabat semua,
Kalau nak diceritakan pengalaman menyusu anak pertama teruja. Maklumlah kali pertama katakan. Bermula dengan tengok 'pregnant test' ada 2 line terus niat nak susukan Syith dengan susu badan. Walau kala itu, 4W 1H masih tidak difikirkan.
1. Kenapa nak susukan dengan susu badan?
2. Apa kaedah terbaik untuk susukan anak nanti?
3. Siapa yang akan jaga anak?
4. Di mana anak nak ditinggalkan?
5. Bagaimana nak maintain susu badan?
Soalan pertama sememangnya sudah ada jawapan di dalam al-Quran. Jadi berkobar-kobarlah untuk menyusukan susu badan. Antaranya bayi yang disusukan dengan susu badan akan lebih bijak, imunisasi badan lebih kua dan lebih sihat. Baguskan? Memang bagus.
Sementelah hari ke hari perut semakin membesar. Saya sentiasa gali ulang informasi mengenai kandungan dan penyusuan. Sewaktu mengandung merupakan 9 bulan terpanjang dalam hidup saya kerana alahan. Ya, alahan sehingga 9 bulan. Alahan tidak boleh memasak, bau-bauan wangi, setiap kali makan, perut akan memuntahkan segalanya. tangisan banyak menemani saya tika itu. Suami pun hilang punca tak tahu nak buat apa. Saat apabila badan bayi ditarik keluar oleh doktor, di saat itu juga alahan saya tamat. Alhamdulillah. Bila makan makanan berpantang terasa nikma yang teramat.
Tapi saya tak serik. Sebab itulah keluarnya Muhammad Umar Akhtar selepas Muhammad Syith Adam.. hehe. Mengandung kali kedua begitu juga kaedahnya. Alahan sehingga 9 bulan juga. Semoga Allah ampunkan dosa-dosa saya. Namun kali kedua ini saya telah ditemani oleh Qaseh Gold Adinda. Alhamdulillah, bekerja sewaktu mengandungkan Umar lebih bertenaga dari pengalaman mengandungkan Syith.
Sebenarnya saya diperkenalkan Qaseh Adinda sewaktu saya menyusukan Syith. Kerja yang sibuk sebagai perunding latihan membuatkan saya cepat kepenatan. Kepenatan merupakan punca utama susu 'merajuk'. Kenapa saya beria sangat nak susu badan meriah? sebabnya anak saya di kampung dan saya tidak mahu niat untuk menyusukannya terhenti setengah jalan. Saya perlu menghantar stok yang secukupnya untuk anak saya di kampung di hujung minggu. Penat! tapi saya puas.
Masa berpantang saya sediakan 3 bungkusan besar untuk 3 bulan stok selepas berpantang. Cabaran hebat saya hadapi apabila stok susu semakin berkurangan kerana Syith menyusu banyak selari dengan perkembangannya ditambah umur 9 bulan dia terus tidak mahu 'direct feeding'. Maka dihujung minggu stok yang saya bawak balik perlu digunakan. Cabaran semakin hebat bila mana, mak telefon dia hari Selasa, stok susu tidak cukup. Dikala itu saya semakin kepenatan. Kerja dihujung minggu, dalam seminggu bekerja 1 hari saya akan lari balik ke Pahang selepas waktu bekerja untuk menghantar stok susu. Pagi-pagi bertolak dari Pahang ke Glenmarie masuk ofis. 2 bulan saya berkejaran dan saya perlukan solusi.
Memang bannyak inisiatif tradisional yang lain tapi saya tidak punya masa membancuh, menumbuk, merebus. Saya perlu pam dan pam susu untuk anak saya. Bila dikenalkan dengan Qaseh Gold Adinda, hidup suram saya berubah. Saya lebih bertenaga, 'production' susu saya pulih dan saya boleh menghantar stok susu anak seperti di awal usia anak saya dilahirkan. Dapat sediakan berplastik-plastik stok. Manfaat itu saya kongsikan dengan rakan-rakan yang lain dengan menjadi rakaniaga Ana Edar yang sah. Sehingga saya mengamalkannya sebelum, sewaktu mengandungkan anak ke-2 Umar seterusnya sewaktu melahirkan sempat minum 3 sudu dan memudahkan proses kelahiran juga semasa berpantangkan Umar. Alhamdulillah, proses melahirkan sungguh mudah dan saya bertenaga sepanjang hari pertama bersalin.
Cara mengamalkan Qaseh Adinda semasa Penyusuan

2 sudu besar pagi sebelum makan
2 sudu besar tengah hari
2 sudu besar sebelum tidur

Nak ambil 3 sudu besar pagi / malam pun boleh

Pastikan anda minum air secukupnya. Minum air min 3L sehari ya. Sekarang sudah 3 tahun saya mengamalkannya. Khasiat kurma, madu, delima, buat tiin, air zam zam, zaffaran, pegaga, manjakani dan lain-lain. Jika mama semua mahu menikmati keindaham mengandungkan, melahirkan dan menyusukan anak dengan Qaseh Gold Adinda saya berikan sedikit info.
Harganya RM78 sahaja, boleh tahan sebulan lebih, disimpan di dalam peti sejuk dan diminum menggunakan sudu plastik kerana ingin mengekalkan khasiat madu di dalamnya. Mudah sangat. Sebelum pergi kerja, jenguk peti ais. Keluarkan Qaseh Adinda dan minum / togok saja. Tak ada masalah. Tak sempat togok pergi aja di peti ambil botol Qaseh dan bawa pergi ofis. Minum di ofis, ajak. Senangkan..hehe.Jomlah berQaseh dengan saya, boleh isi BORANG PESANAN di blog utama saya atau hubungi saya seperti butiran di bawah ya. Sekian dahulu perkongsian saya kali ini..bai Assalamualaikum

No comments:

Post a Comment