Sunday 1 November 2015

Entri #21 Site Visit IKS dan Ladang Cili di Banting

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Sabtu lepas kami ingin pulang ke kampung bawa anak-anak berjumpa dengan nenek dan atuknya. Sebelum balik, suami mengajak kami untuk melawat ladang cili anak kepada kakitangannya di ofis. Mana tahu ada peluang baik untuk kami menjana pendapatan.

Kami teruskan perjalanan ke Daerah Banting Selangor. Di Banting ni popular dengan perindustrian IKS. Semasa saya bekerja, saya pernah terlibat dengan pelbagai program dan kajian menaiktaraf Industri Kecil dan Sederhana di Selangor dengan Kerajaan Negeri. Jadi Banting adalah antara salah satu lokasi kerepek yang terkenal dalam Negeri Selangor.
 
Kalau mahu membeli pelbagai kerepek di sinilah tempatnya. Mahu beli untuk makan sendiri atau menjual, anda boleh dapatkan harga yang murah dari biasa. Jika hari raya Aidil Fitri bakal menjelma. Di sinilah orang ramai akan mencari kerepek untuk dibekalkan dan dijual. Dah ada idea untuk menjadi peniaga kerepek? hehe
 

 

Homestay juga terkenal di sini. Antara Homestay yang terkenal adalah Kg Sungai Lang Tengah dan Kampung Endah kerana ini pernah memenangi Kampung Tercantik dalam Malaysia. Percaya atau tidak homestay yang terdapat dalam kampong ini merupakan antara tarikan pelancongan.

Itu sedikit sebanyak info yang saya selitkan hasil kajian dan analisa semasa bekerja dahulu. Antara lain ke Banting tentulah nak beli kerepek he he. Ros Kerepek menjadi tempat pilihan saya. Berhampiran dengannya ada Fazz Kerepek House juga tidak kurang banyak pilihannya dan ada beberapa lagi IKS Kerepek yang berhampiran.

Selesai membeli kerepek kami kesebuah ladang cili terletak di Jenjarom tidak jauh dari tempat jualan kerepek. Kagum dengan hasil seorang belia 24 tahun yang mempunyai beberapa projek ladang cili di beberapa tempat yang berbeza. Hasilnya dibekalkan ke Pasaraya Giant. Hebatkan? Seorang graduan yang tidak memilih pejabat yang berhawa dingin sebagai pejabatnya. Berpakaian cantik. Bila Nampak sahaja kelibatnya, saya tahu dia seorang yang kental jiwanya. Jika tidak mana mungkin beliau dapat menguruskan beberapa projek ladang cili miliknya.
 
Saya dan Fatin, Usahawan Tani
 
Kita punya ramai potensi, mengapa tidak kita membuat kajian untuk diketengahkan. In shaa Allah, saya doa akan lebih ramai yang mengikut jejak Fatin dalam bidang pertanian.



No comments:

Post a Comment