Thursday 5 November 2015

Entri #25 Tips Elak Samun

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Google

Assalamualaikum w.b.t. pembaca budiman,


Cerita samun memang scary kan? Tahun 2008, kejadian samun merupakan kisah paling buruk saya lami. Apatah lagi saya perempuan. Sewaktu bekerja dahulu, saya memang selalu bekerja di luar pejabat. Sekiranya ada program dianjurkan memang biasa pulang lewat ke rumah. 'Job spec' begitu memang saya suka. Kerja di luar, bertemu dengan ramai orang dan dapat pengalaman baru.

Pada malam itu saya bekerja di area Selayang. Habis program dalam jam 11 malam. Berkemas dan bersiap hampir jam 12 tgh malam bergerak ke Shah Alam. Sampai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur  dalam jam 1 pagi saya cuba dihentikan oleh sebuah motor yang menunjuk ada sesuatu yang tidak kena pada tayar kereta. Bila letih dan kepala hanya ingat bantal dan tilam saya berhenti kerana perjalanan saya agak jauh lagi ke Shah Alam.

Rupanya berhenti saya mengundang nahas apabila budak motor itu berhenti dan cuba 'membantu' saya mulanya. Dia kata bagi dia pinjam telefon dan nak hubungi kawannya. Bila minta semula telefon mula dia bertindak tinggikan suara. Saya tahu saya dalam keadaan bahaya. Bila situasi begini tolong jangan panik. Tapi sebenarnya saya panik juga. Sepatutnya saya terus masuk dalam kereta dan terus bawak kereta.Telefon boleh beli. Mungkin kerana telefon itu pemberian ayah maka sampai merayu saya minta pulangkannya.

Dia masih meninggikan suara. Saya pula menerkam hand bag yang saya letak di seat depan saya campak di belakang. Saya ambil sebuah lagi telefon dan cuba call kawan-kawan berhampiran. Tetapi dihalang dan budak motor itu terus ke motornya sambil mengugut dan mengambil sebatang besi. Kemudian berlari semula ke motor dan pergi.

Tiada siapa yang membantu saya. Di tengah malam bila seorang perempuan semacam bertengkar dengan seorang lelaki mungkin orang yang bawa kenderaan lalu lalang fikir kekasih bergaduh. Siapa yang mahu masuk campur. Iya kan? Saya sempat telefon seorang kawan berkhidmat sebagai polis dan kawan dari TUDM. Saya cuba tenangkan diri kerana saya pernah diserang "Panic Attack". 

Saya sepatutnya lega apabila kawan-kawan tiba. Namun saya masih di serang 'panic attack'. Rasa kebas dan mati di tangan, sesak nafas dan rasa macam nak mati. Mujurlah mereka ada latihan mengendalikan situasi saya ketika itu. Alhamdulillah, saya tidak di apa-apakan. Di sini saya hendak kongsikan tips elak di samun terutamanya perempuan seperti saya. 

1. Amalkan doa naik kenderaan dan ayatul kursi
2. Apabila cuba dihentikan seseorang yang tidak anda kenali jangan sekali-kali berhenti. Jika mahu 
    berhenti pilih tempat ramai orang atau terus masuk balai polis.
3. Jika anda dapat 'hidu' anda dalam keadaan di samun. Tenangkan diri dan jangan panik. 
4. Sekiranya anda punya peluang, spray ke muka penyamun dengan pepper spray. Spray pepper 'wajib' ada di dalam simpanan. Letak dalam poket atau tempat yang mudah dicapai dalam keadaan kecemasan. 
5. Masuk dalam  kereta dan kunci serta larikan diri terus ke Balai Polis berhampiran, kedai (tempat yang ramai orang untuk minta bantuan.
6. Belajar seni bela diri. 

Mudah-mudahan kita semua dijauhkan Allah dari segala bencana. Apalagi perempuan. Sekarang durjana di luar sana telah dan masih cuba menculik dan menyerang anak-anak kita. Semoga kita semua berhati-hati.

________________________________________________________________________________

Dapatkan Set Hamil Qaseh Gold

Adinda + Kekanda + Qaseh Sole


Pencarian pengedar masih lagi dibuka:
Untuk membuat pesanan klik link di bawah

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com

No comments:

Post a Comment