Thursday 29 October 2015

Entri #19 Melembapkan dan Merawat Kulit dengan 6 in 1 Treatment Gel

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nurqaseh Network


TREATMENT GEL 6 IN 1

+GEL LUTSINAR +TIADA WANGIAN +PADAT DENGAN GABUNGAN BAHAN SEMULAJADI SEPERTI

+MINYAK KELAPA DARA
+PROPOLIS
+ALOE VERA
+GAMAT
+GINGKO BILOBA DAN VITAMIN E

KEGUNAAN:

Digunakan untuk merawat kulit sambil melembapkan
Boleh digunakan pada wajah dan tubuh yang bermasalah seperti kulit bayi yang melecet, melepuh akibat terkena api atau minyak panas, luka kecil.
Gel ini dapat mengeringkan luka dengan lebih cepat.
Sangat sesuai untuk kulit bayiCaranya :

CARA:

Hanya picit dan sapukan ke kulit wajah atau di bahagian yang bermasalah

TESTIMONI KULIT BERMASALAH


 HARI KEDUA MELECUR DAN SAPU 6 IN 1 TREATMENT GEL
2 HARI SELEPAS DISAPUKAN 6 IN TREATMENT GEL

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold 



Wednesday 28 October 2015

Entri #18 Resepi Pahang - Sambal Hitam Wan Kome (Resepi Wakaf)

Teks: Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar

Ramai yang mula sukakan Sambal Belimbing Buluh atau Sambal Hitam atau Sambal Pahang.Lagi pedas lagi sedap. Original resepi ini datangnya dari Raub, Pahang. Saya juga menjual sambal belimbing hitam ini mengikut permintaan. Jika ada permintaan barulah saya buat. Selalunya orang letak dalam masakan lemak kan? Berbuah banyak di pokok tapi tak tahu nak buat apa. Habis semua jatuh ke Tanah. Tak ke sayang kan...

Ok..saya nak kongsi resepi saya. Alhamdulillah setakat ni ramai yang puas hati. Nak ambil resepi nak jual pun tak apa. Cuma saya pinta doakan yang baik baik sahaja untuk saya dan keluarga ;)

Resepi Sambal Hitam
 
Cili padi - 15 biji
Belimbing rebus 2-3 sudu
Ikan bilis 2 cawan
Bawang putih - 2 ulas
Bawang merah - 4 ulas
 
Cara-caranya :
 
Tumbuk cili padi hingga hancur
Masukkan bilis tumbuk tapi jangan sampai lumat
Masukkan belimbing secukupnya. Boleh imbangkan masin bilis dan rasa masam belimbing serta kepedasannya.
 
Panaskan minyak dalam kuali
Tumis bawang sehingga agak agak layu terus masukkan semua bahan yang ditumbuk tadi. Api buka perlahan. Kita tak mahu sambal menjadi garing. Macam mana boleh jadi kehitaman? Masak sehingga ia jadi kehitaman. Ada orang masukkan kicap manis. Ikut sedap rasalah. Saya memang tak letak kicap atau tambah garam. Masin bilis tu bagi saya sudah memadai.
 

 Inilah sambal hitam yang dibuat dari belimbing buluh
500g saya jual RM35
 

 
 

Ini belimbing rebus yang saya dah pack untuk customer. Sekilo RM35
Boleh masak banyak kali. Simpan pun mudah. Letak aje dalam botol Horlicks / Nescafe
 
 
Nak order SAMBAL HITAM WAN KOME?
hubungi nombor 016-412 6479


Entri #17 Review Qaseh Gold Adinda




Ramuan Qaseh Gold Adinda:

 
Qaseh Gold merupakan minuman herba yang diformulasikan daripada Pemakanan Sunnah yang mengandungi kurma, madu, habbatus sauda', buah tiin, zaitun, delima & air zam-zam..juga diperkayakan lagi dengan kehebatan gam arab sebagai prebiotik semulajadi & herba tradisi seperti za'fran, ginkgo & sireh. Kesemuanya merupakan bahan/ramuan yang hebat & padat khasiatnya untuk tenaga dalaman dan luaran.. 

Kerana Qaseh Adinda turut ditambah dengan ramuan herba terbaik seperti passiflora, pegaga & manjakani. Ramuan yang istimewa & mempunyai rasa dan kelazatan yang tersendiri.

So nak tahu rasanya macam mana..?

Rasa Qaseh Gold Adinda ni seperti jus kurma..manis-manis gitu!! Rasa kurma la katakana sebab kandungan kurma di dalamnya tinggi.

KURMA

Buah 1001 fungsi yang dikisahkan dalam surah Maryam! Kaya dengan gula semulajadi untuk membekalkan tenaga fizikal & minda. 
Kajian menunjukkan kurma mengandungi konsentrasi anti oksidan polyphenol yang tinggi di kalangan buah-buahan kering.
Amalan memakan kurma turut boleh membantu menstabilkan emosi. Kurma juga kaya dengan serat untuk membantu pelawasan.


MADU
Dalam surah An Nahlu ayat 69, Allah telah memberi penegasan tentang kehebatan madu sebagai penawar kepada pelbagai penyakit. Tidak dapat disangkalkan lagi, madu kaya dengan vitamin & mineral untuk menyokong sistem tubuh yang sihat.
Terkenal sebagai agen mencerdaskan minda & meningkatkan tenaga! 
Madu bercirikan anti bakteria, anti oksidan & anti virus untuk menguatkan sistem imun tubuh.


HABBATUSS SAUDA'
Juga dikenali sebagai jintan hitam. Dalam satu hadis yang cukup memberi harapan, Nabi Muhammad SAW menyifatkan habbatus sauda sebagai menjadi penawar kepada pelbagai penyakit melainkan mati.
Kajian mendapati habbatus sauda berupaya meningkatan sistem imun tubuh & membekalkan tenaga kerana cirinya yang anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus & anti oksidan serta dapat membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti asthma, bronkitis, enczema, alahan  & batuk.


BUAH TIIN
Buah yang enak dipilih oleh Allah untuk bersumpah dengannya dalam surah At Tin & pastinya mempunyai nilai kesihatan yang tinggi.
Merupakan sumber mineral, vitamin & anti oksidan yang penting bagi meningkatkan keupayaan tubuh serta menguatkan sistem ketahanan tubuh bagi melawan jangkitan.
Buah tiin juga dikatakan berupaya melegakan keletihan & merangsang kuasa otak.


MINYAK ZAITUN
Minyak zaitun cukup pupular di negara Mediterranean & merupakan salah satu makanan warisan Rasulullah SAW yang cukup unik.
Minyak zaitun kaya dengan vitamin E & polyphenols, sejenis anti oksidan yang berupa melindungi sel tubuh daripada kerosakan.
mengamalkan minyak zaitun dalam diet seharian boleh membantu memberi perlindungan awal kepada tubuh daripada risiko penyakit berbahaya seperti masalah jantung.

DELIMA
Antara buah yang disebut dalam Al-Quran. Kaya dengan vitamin & mineral serta anti oksidan yang dapat mengekalkan perjalanan darah yang lancar ke seluruh tubuh serta membantu membaikpulih sel tubuh yan rosak akibat radikal bebas.


AIR ZAM-ZAM
Air yang penuh keberkatan & berupaya merawat pelbagai penyakit.
Mengandungi mineral yang lengkap & seimbang yang dpat membantu meningkatkan sistem imun tubuh.


ZA'FARAN
Dikatakan rempah termahal di dunia tetapi padat dengan khasiat kesihatan.
Merupakan sumber mineral yang baik seperti kalsium potassium, zat besi & zink yang sememangnya diperlukan untuk menyokong tumbesaran yang sihat & kuat.
Baik untuk membantu melegakan masalah asthma, insomnia, batuk, kemurungan & penghadaman.

GINGKO
Gingko Biloba terkenal sebagai 'herba minda'. Kajian menunjukkan gingko berupaya merangsang fungsi minda & menguatkan ingatan.
Gingko mengandungi antioksidan flavanoid & terpenoid yang melindungi saraf, otot jantung, pembuluh darah & retina mata.


PEGAGA (CENTELLA)
Juga dikenali sebagai gotu kola, mengandungi banyak manfaat kesihatan. Antaranya untuk membantu melegakan masalah eczema, jangkitan penafasan, asthma, semam, selsema & insomnia.
Pegaga juga dipercayai dapat meningkatkan keupayaan mental & mencergaskan tubuh.

GARAM BUKIT
Garam semulajadi yang kaya dengan mineral. Membantu memperbaiki sistem pernafasan & melawan jangkitan, merangsang fungsi metabolik, mengimbangi pH tubuh, mengurangkan kekejangan otot, memperbaiki penghadaman, membantu penyerapan mineral dalam sel & menggantikan elektolit yang hilang.

GAM ARAB
Juga dikenali sebagai Gam Akasia kerana didapati daripada pokok jenis tersebut.
Merupakan prebiotik semulajadi yang dapat membantu menyihatkan usus & melegakan masalah sembelit.

Qaseh Penawar Jasmani, Penyeri Rohani
Formulasi makanan sunnah Jus Qaseh Adinda ini diperlengkapkan dengan proses pengilangan islamik yang menitikberatkan konsep HALALAN TOYYIBAN bagi mengukuhkan zarah adunan ini. Ia bertujuan memelihaa dan memulihara seri, kekuatan dalaman, tenaga tubuh dan minda, serta meningkatkan kualiti hidup Muslimin. 
Apabila jasmani dan tubuh kita cergas dan sihat, tanggungjawab beribadah juga menjadi mudah. InsyaAllah...

Qaseh Gold Adinda Sangat Sesuai & Perlu Diamalkan Oleh:
✔ Isteri/Ibu
✔ Wanita mengandung, melahirkan & menyusu
✔ Warga Emas
✔ Pelajar Universiti/Kolej
✔ Ahli Sukan
✔ Kanak2 5 tahun ke atas
✔ Wanita yang berkerja menggunakan tenaga fizikal
✔ Wanita yang berkerja menggunakan tenaga minda/berfikir
✔ Pasangan yang akan mendirikan rumahtangga
✔ Pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat
 
 
TESTIMONI







 
 
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold 
 

Entri #16 Rindu Qoqo Stevia Sesuai Untuk Diabetes

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : NurQaseh Network
Pertama dan satu-satunya minuman coklat malt dengan stevia. Apa itu STEVIA? Stevia berasal dari pokok Stevia Rebaudiana. Kemanisannya ada 100-200 kali ganda gula pasir hinggakan penggunaan stevia ini cukup hanya sedikit digunakan untuk mendapat kemanisan yang diinginkan.

Stevia menjadi pilihan saintis perubatan untuk memanfaatkannya kepada pesakit diabetes. Ia bermanfaat dalam pengawalamn gula dalam darah. Hebat bukan! Kajian juga mendapati bahawa stevia dapat menurunkan tekanan darah kepada penghidap hipertensi.

Jadi, minuman qoqo ini amat terbaik untuk seisi keluarga. Malah ia mengandungi koko asli dan kurma. Sesuai untuk ibu hamil, ibu menyusu serta penghidap diabetis. Mari memartabatkan ekonomi ummah dengan membeli Rindu Qoqo Stevia.


TANPA PENGAWET
TANPA PERISA TIRUAN
TANPA AROMA TIRUAN
TANPA GULA

 RM27
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold 


Post #15 Sihat dengan Qaseh Premier

QASEH PREMIER
KHUSUS UNTUK WARGA 40 TAHUN KE ATAS





CARA MAKAN
2 sudu pagi sebelum sarapan
2 sudu malam sebelum tidur
*Gunakan sudu plastic




Nak order Qaseh Gold Premier atau bertanya soalan?
Sila gunakan saluran di bawah
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

Tuesday 27 October 2015

Entri #14 Resepi Pahang -Gulai Patin Tempoyak

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : Nur Hasliza Hamar dan Google
 
Bila dah nama orang Pahang dari Raub pulak tu, semestinya gulai tempoyak adalah masakan biasa di kampung saya. Jika suami saya orang Pulau Pinang selalu makan kari, ke Pahang tempoyaklah masakan kegemaran saya.

Nak belajar masak tempoyak? Boleh buat sendiri di rumah.

Resepi Tempoyak Raub (cara saya)

Ikan Patin seekor - (saya selalunya beli patin sangkar di pekan Raub. Tak berani nak beli di hypermarket. Maklumlah banyak cerita versi macam-macam berkaitan pemakanan yang di beri kepada ikan). Kenapa saya pilih patin sangkar? Patin sangkar tidak hanyir ya tuan puan sebab ia dibela di dalam sungai airnya mengalir. Makanannya juga original dari sungai.

Tempoyak - 1 cawan 1/2 (kalau nak best. Campurkan tempoyak masam dan manis). Eh ada tempoyak masam? Ada tempoyak manis? Iya. Kesedapan gulai ini terletak pada tempoyaknya. Kalau tempoyaknya manis maka manislah gulai. Kalau tempoyaknya masam, maka masam la gulai. Kalau dicampur akan terasa masam manis tu. Lagi sedap. Cukup tak info pasal tempoyak?

Cili padi - 20 /25 biji (ini sememangnya pedas sampai berdengung telinga) kurangkan cili padi jika tidak mahu pedas
Seinci kunyit hidup
Daun kesom atau orang utara panggil daun laksa
Sekuntum bunga kantan (tak letak pun tak apa)
Terung jari / Petai/ Timun kuning (boleh pilih untuk dimasukkan ke dalam gulai)
 
Cara-caranya:
 
Tumbuk / blender cili padi dan kunyit hingga lumat biji (mak kata biji tu penambah pedas)
Masukkan tempoyak. Gaulkan sebati
Masukkan rencah cilipadi dan tempoyak tadi di dalam periuk
Masukkan air secukupnya (agak-agak tenggelam ikan)
Masukkan sayur pilihan
Daun kesom, bunga kantan
Masukkan garam secukup rasa
Biarkan mendidih sampai ikan masak. Dah pun siap..

 
Gambar ehsan google
 

 Ini saya masak untuk potluck pejabat suami
 
 

Sekejapan licin...
Yang kepala tu bossnya dah cop...
Licin...


==========================================================================
 



Nak order Gojes by Qaseh Gold atau bertanya soalan?
Sila gunakan saluran di bawah

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

Monday 26 October 2015

Entri #13 Amalan Air Nabeez

Anak selalu sembelit? Begitu juga anak saya. Umar tidak suka minum air kosong. Saya perlu 'memaksa'nya minum setiap 15 minit sekali. paling tidak 1-2 teguk. Sukarnya untuk minum air kosong membuat dia selalu sembelit.

Apa yang saya lakukan adalah memberinya air nabeez selain memberinya Qaseh Junior. Selepas mengamalkan minum air nabeez, sembelit Umar semakin berkurangan. Alhamdulillah. Air nabeez merupakan air kegemaran Rasulullah s.a.w. Air nabeez adalah air rendaman kismis atau kurma.

Nabi merendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam wadah bertutup) dan meminum air rendaman tersebut di pagi hari esoknya.
Airnya Nabi minum dan buah kurma yang sudah lembut, sehingga Nabi langsung menelannya tanpa mengunyah terlebih dulu.


Khasiat Air Nabeez

Ia mengandungi alkali yang tinggi dapat mengeluarkan racun berbahaya dari tubuh, mengeluarkan asam yang berlebihan pada perut dan memperbaiki system pencernaan.

Kandungan serat di dalam air nabeez dapat melancarkan proses pencernaan dan menajamkan fikiran dan mengelak dari penyakit lupa.

Bagaimana untuk membuat air Nabeez?

Ambil sedikit kismis atau 2-3 biji kurma dan direndam dalam segelas air pada malam hari. Jangan lupa tutup gelas tersebut. Bangun pagi esok bolehlah minum serta makan kismis atau kurma tersebut.


Selamat mencuba sahabat....



Nak order Qaseh Junior atau bertanya soalan?
Sila gunakan saluran di bawah

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

Saturday 24 October 2015

Entri #12 Kubur LPT

Teks: Nur Hasliza Hamar

Malam ini blog bersiaran dari Bilik 433, M.S. Garden, Kuantan, Pahang. Adhoc plan dengan ibu dan ayah saudara untuk bercuti bawa anak-anak ke Kuantan. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Bertolak dari Bangi dalam jam 11 pagi. Jerebu masih lagi kenampakan seperti asap tebal keputihan menutupi langit.
 
Sepanjang perjalanan berdoa agar perjalanan kami dilindungi Allah dan cuaca mengizinkan untuk kami beristirehat. Walau dalam perjalanan mata tidak lepas melihat kabut jerebu. Khamis lepas di khabarkan cuaca di Kuantan cerah tiada jerebu tetapi hari ini jerebu telah sampai ke Bandar Kuantan. Sedikit hampa.
 
Di awal perjalanan, saya diberi keizinan untuk memandu oleh suami. Masakan saya nak lepaskan peluang. Sudah lama tidak memegang stereng untuk memandu perjalanan jauh. Dalam pada itu, saya teringat tajuk akhbar "LPTII Kubur 72 nyawa". Sedikit risau di hati namun doa dipanjatkan agar perjalanan kami lancar.
 
Di pertengahan jalan ke Kuantan, hujan turun dengan lebatnya. Pegangan stereng diperkuatkan lagi. Apalagi ternampak sebuah kereta dari arah bertentangan baru saja diberi pertolongan oleh trak peronda lebuhraya LPT. Tidak lama perjalanan selepas itu ternampak 2 lagi kenderaan yang baru sahaja terbabas. Jangkaan saya kereta tersebut terbabas akibat luar kawalan.
 
Kereta saya sendiri beberapa kali mahu terbabas akibat melanggar lopak air. Melihat suami dan anak-anak lena beradu sementara sampai tempat dituju, saya semakin berhati-hati. Memang bahaya jalan di LPTII. Jalannya beralun dan apabila hujan tayar kereta mudah saja lari dari kawalan.
 
Kami sekeluarga selamat sampai di Kuantan dan seterusnya meneruskan agenda kami membawa anak-anak beriadah di De Rhu Resort. Anak-anak mana yang tidak sukakan air kan? Seronok betul mereka, bahagia kami melihatnya.
 
 
Beberapa tips yang saya dapat kongsikan di sini
 
Tips memandu di LPTII
 
1. Baca doa naik kenderaan. Jangan dilupakan sama sekali apabila naik kenderaan
 
2.Memandu mengikut kelajuan yang telah ditetapkan. Ikut papan tanda kelajuan dan bukan ikut suka.
 
3. Pegang stereng dengan 2 belah tangan. (Jangan pegang telefon bimbit, minuman, makanan dan sebagainya.
 
4. Jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan rajin-rajinlah perhatikan cermin belakang. (Kereta dari belakang kadang kala sangat laju. Saya risau jika kereta tersebut terbabas dan terkena kereta yang kita naiki.
 
5. Ikut lorong kiri kecuali anda memotong.
 
6 Jika mengantuk berhenti di hentian Rawat dan Rehat. Tidur sebentar
 
 
Semoga selamat dalam perjalanan semuanya. Amiin

Friday 23 October 2015

Entri #11 Pengalaman Bekerja Part 1 - Interview

Pada tahun 2006, Saya tidak sangka saya sempat menerima telegram tradisional sebagai media untuk mengkhabarkan berita gembira saya mendapat sesi temuduga di Institut Perkembangan Minda (INMIND), Badan Pemikir Negeri Selangor.
 
 
Gerun juga ketika itu. Adakah saya akan diterima masuk di dalam badan pemikir yang diterajui oleh nama-nama gah. Banyak hasil penyelidikan, kajian, laporan, wacana, 'brainstorming' dibuat untuk membantu kerajaan Negeri Selangor pada ketika itu dalam menaiktaraf perkhidmatan dan polisi kerajaan. Saya nekad berusaha untuk berada di situ nanti.
 
Sehari sebelum temuduga saya 'survey' tempat temuduga. Bimbang tersesat dan pelbagai kemungkinan yang saya fikirkan boleh membuatkan saya terlewat untuk hadir ke sesi penting dalam hidup saya.
 
Pengalaman interview sangat mendebarkan. Bermula dengan ujian penulisan tentang bidang jawatan yang diminta, terus ditemuduga oleh 3 orang ketua jabatan. Saat paling mendebarkan tentulah ketika ditemuduga. Di awal temuduga semua calon tidak menjangka soalan keagamaan di ajukan.
 
Ada calon yang diminta untuk mengucap dua kalimah syahadah, ada yang diminta senaraikan secara lisan rukun Islam dan rukun iman, membaca niat puasa, malah ada juga yang diminta menyambung ayat al-Quran seperti saya. Walau ada dalam pengetahuan dan hafazan, debaran kuat dan panik membuat bacaan terputus-putus dan lupa ayat surah al-Qadr. Masya Allah. Walau bagaimanapun, saya tahu adalah ingin memilih calon yang selari pengetahuannya dunia dan akhirat.
 
Bidang yang ditanya lebih dalam adalah dalam bidang penulisan. Saya sebenarnya tidak berapa arif dalam bidang penulisan. Apabila ditanya minat atau tidak sudah tentu saya jawab berminat dalam bidang penulisan dan penerbitan disebabkan mahu mendapat kerja. Memang susah mahu mendapat kerja ketika itu, saya antara rakan-rakan yang terawal mendapat kerja.
 
 Pada masa itu, saya berharap minat menulis itu dapat dipupuk. Saya yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Sains) Pengurusan Maklumat sememangnya tidak jauh dengan asas penulisan,  Cuma masih belum benar-benar terlatih. 2 minggu selepas ditemuduga saya dipanggil untuk melapor diri. Alhamdulillah, saya diterima masuk kerja dan lebih gembira apabila gaji yang ditawarkan kepada saya lebih tinggi dari gaji jangkaan yang saya ajukan di dalam resume. Kegembiraan berganda kepada saya dan ibu ayah juga.
 
Di entri lain saya akan ceritakan bagaimana saya menggilap hasil keras tangan saya dalam penulisan dan orang yang bertanggungjawab mendidik saya.
 
 
 
Order Qaseh di bawah
 
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold

Thursday 22 October 2015

Entri #10 Gojes By Qaseh Gold

Teks: Nur Hasliza
Foto : NurqasehNetwork
INGINKAN KECANTIKAN TANPA PROSES PENGELUPASAN?
INILAH DIA GOJES BY QASEH GOLD


Diperkaya dengan kolagen marin, bunga teratai, ceri, argan, bunga sakura, dan astazanthin, formulasi ramuan Sunnah Gojes by Qaseh Gold menawarkan pilihan terbaik masakini untuk mereka yang mementingkan kesihatan secara selamat dan semulajadi! Ramuan botani ekslusif diadunkan bagi memberi kelembapan serat menyerlahkan keanjalan kulit, menyerikan wajah serta membantu mengurangkan maslah kulit seperti jeragat, kulit kusam dan kering insyaAllah. Diperlengkapkan dengan proses pengilangan yang Islamik, yang menitikberatkan konsep halalan thoyyiban.


KANDUNGAN GOJES BY QASEH GOLD



PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU

1. Bagaimana Gojes membantu anda untuk menyelesaikan masalah kulit?

Proses merawat kulit kusam, jeragat, jerawat, kulit berminyak dan mencerahkan tidak melalui proses pengelupasan

2. Siapakah yang boleh menggunakan produk Gojes by Qaseh Gold?

Wanita / lelaki seusia 15 tahun ke atas.

3. Adakah ibu mengandung boleh menggunakan produk ini?

Ibu mengandung tidak digalakkan sama sekali kerana produk ini mengandungi cuka kurma dimbimbangi boleh memberi kesan negative terhadap janin.

4. Adakah ibu yang menyusukan boleh menggunakan produk ini?

Ya boleh, Gojes by Qaseh Gold dapat membantu menyerlahkan seri wajah, membantu proses perlawasan serta menyokong penyusuan susu ibu (membanyakkan susu ibu)

5. Bagaimana cara pengambilan Gojes by Qaseh Gold?
Anda boleh meminumnya 2 sachet sehari iaitu di waktu pagi sebelum sarapan dan di waktu malam sebelum tidur. Anda disaran untuk minum air secukupnya mengikut perkiraan berat badan seperti berikut.

25kg berat badan = 1 liter air
Sekiranya berat badan anda 60kg

65kg/25kg = 2.4 liter air

6. Bolehkah minum 1 sachet?
Boleh, tiada masalah. Anda disarankan untuk makan pada waktu malam sebelum tidur agar khasiatnya dapat diserap secara optimum.

7. Bagaimana jika saya mahu mencuba dahulu?
Kami ada menawarkan TRIAL SET iaitu mengandungi 5 sachet yang hanya berharga RM40 termasuk



8. Bagaimana jika saya ingin membeli full set?
Kami merupakan pengedar yang sah. Boleh dapati dari kedai online kami. Dalam 1 kotak mempunyai 20 sachet dengan harga RM147 termasuk postage

SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold
TESTIMONI

Pn.Zakiah berumur 40 + tahun antara yang terawal menggunakan Gojes



Entri #9 Khasiat Kurma

Teks : Nur Hasliza Hamar
Petikan Artikel : 7 Khasiat Kurma Yang Patut Anda Tahu, Penpatah.com

Rasanya semua orang tahu betapa tingginya khasiat kurma. Tapi sejauh mana tahu khasiat tersebut. Saya akan pastikan di dalam rumah saya sememangnya ada simpan sebalang kurma. Untuk masakan dan kudapan untuk kami sekeluarga makan.

7 Khasiat Kurma yang patut anda tahu
Kurma (Phonex dactylifera) atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ianya dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Malah dalam kitab suci al-Qur’an sahaja terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ianya amat sinonim dengan kisah sirah baginda.
“Kemudian Kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Disana kamu peroleh buah-buahan yang banyak dan sebahagiannya kamu makan“ Al-Mukminah ayat 19

“Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu“. Sabda Rasulullah SAW

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein di dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0% manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi, yakni sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sangat sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Apakah antara khasiat utama kurma?

1) Paling cepat diproses dan diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Memandangkan kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide). Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

“Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terdapat kurma, maka Baginda akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa teguk air“ Hadis riwayat Ahmad

Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2)  Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tak larut. Kita sering menganggap buah-buahan seperti pisang itu mengandungi serat yang tinggi, tetapi tahukah anda, dalam 100g Kurma terdapat 8g serat sedangkan dalam 100g Pisang hanya terdapat 2.6g serat sahaja? Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Tidak perlu membeli 100 Plus sekiranya khuatir akan kekurangan elektrolit ketika berbuka, memadai dengan beberapa biji kurma dan air suam. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

3)  Penguat memori
Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga tidak kurang hebatnya. Ianya amat sesuai untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

4) Baik untuk wanita mengandung/bersalin
Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS? Menerusi malaikat Jibrail, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegar pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
“Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak,”Surah Maryam, ayat 25

Dan menurut sebuah laman web, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

5) Penawar Racun
Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

6) Merawat penyakit
Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

7) Mengubati gangguan usus dan sembelit
Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.

Sumber dari penpatah.blogspot.com, Wallahu'alam bissawab

Entri #8 Delima untuk Merawat Batuk dan Selsema Bayi

Teks : Nur Hasliza Hamar
Foto : NurQaseh Network
Sejak menjadi ibu, saya menitikberatkan kesihatan anak-anak. Tahu atau tidak. Tiada ubat untuk bayi yang batuk dan selsema di bawah usia 2 tahun? Jika bayi batuk dan selsema cara yang terbaik adalah dengan menggunakan bahan semulajadi.
Di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak membenarkankan penggunaan ubat-ubat batuk dan selsema bagi kanak-kanak di bawah umur 2 tahun sejak tahun 2007.
Telah terbukti ubat-ubatan tersebut mempunyai kesan sampingan yang buruk apabila diambil oleh kanak-kanak yang kecil. Kesan sampingan seperti mengantuk boleh menyebabkan pengurangan penyusuan dan minum, terutamanya bayi dan kanak-kanak yang kecil yang secara tidak langsung boleh menyebabkan dehidrasi. Ubat batuk yang mengandungi ubat narkotik, seperti codeine, boleh mengakibatkan pernafasan bayi serta kanak-kanak diperlahankan. Jika diberi terlebih dos atau disebabkan komplikasi lain, kanak-kanak ini boleh berhenti bernafas, sawan, gangguan sistem saraf, jantung dan usus, serta membawa maut.
Kita juga tidak tahu jika bayi tersebut mempunyai alahan. Reaksi  kepada alahan bukan sahaja seperti ruam, bengkak fizikal yang kita boleh nampak. Apa yang kita takutkan sekiranya alahan tersebut menyebabkan bengkak terhadap saluran pernafasan. Bila ia membengkak saluran pernafasan akan menjadi semakit sempit dan menyebabkan gangguan pernafasan
Sewaktu anak pertama saya berusia 7 bulan, anak saya dijangkiti selsema, Saya tidak memberinya ubat. Saya memberinya jus buah delima. Bukan jus yang dibeli dalam botol-botol tu ya. Saya buat sendiri. Saya keluarkan biji-bijinya dan diletakkan di dalam kain kasa. Kemudian saya perahkannya. Air tersebut saya campurkan dengan sedikit air dan berikan anak saya minum di dalam botol. Dengan izin Allah selsemanya berkurangan dan semakin kering.
Sekarang, saya tidak lagi memerah buah delima. Anak-anak saya sudah berusia 3 tahun dan setahun setengah. Saya hanya berikan mereka Qaseh Junior. Di dalam Qaseh Junior terdapat delima. Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi apda buah delima  ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah. Ia juga boleh melegakan batuk.

Tips untuk melegakan bayi selsema dan batuk:
1. Titisan hidung dengan air garam (nasal saline drops) dan sedut hingus dari hidung (mucus extractor) yang senang didapati di kedai farmasi.
Nasal saline drops tidak mengandungi bahan ubat dan ia boleh mengurangkan gejala hidung tersumbat. Ia boleh diberi mengikuti keperluan, pada kebiasaan sebelum penyusuan.
2. Teh limau madu yang suam
Madu didapati boleh mengurangkan batuk serta dipercayai boleh membunuh kuman. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh diambil oleh bayi yang berumur kurang daripada setahun kerana kemungkinan mengandungi spora botulinum (jangkitan ini boleh menyebabkan gangguan sistem saraf yang serius). Spora ini tidak bahaya kepada kanak-kanak yang lebih besar serta orang dewasa mempunyai sistem pertahanan yang kuat.
3. Pengambilan cecair yang lebih
Susu ibu, air suam, atau sup ayam. Jangan diberinya minuman berkarbonat atau sitrus, sebab ianya boleh menyebabkan sakit / gatal tekak.
4. Rehat yang mencukupi
Ubat demam masih boleh diberi mengikut sukatan dan kekerapan yang disyorkan oleh doktor.
(answered by Dr Yap Hsiao Ling).
Semoga kita semua mendapat manfaat dari informasi ini. Tentunya mama semua hanya mahu yang terbaik untuk si manja kita.
Untuk mama yang mahu mencuba Qaseh Junior untuk anak-anak boleh dapatkan dengan harga RM66 sahaja dari

http://nurhaslizahamar.blogspot.my/p/borang-pesanan-semenanjung-malaysia.html
SMS/ Whatsapp/ Telegram (016-412 6479)
Email : nurhaslizahamar@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/nurhasliza.hamar
FB Page: https://www.facebook.com/HealthyliciousQasehGold
Rujukan
  1. http://www.fda.gov/drugs/drugsafety/
  2. http://www.patient.co.uk/health/coughs-and-colds-in-children
  3. http://www.doktorbudak.com/2014/02/22/ubat-batuk-selsema-tidak-sesuai-untuk-kanak-kanak-bawah-2-tahun/